SEMAK STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

SEMAK STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

Berdasarkan siaran media Kementerian Kewangan (MOF) yang terbaru, Kerajaan akan mula membayar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 bermula esok (12 Ogos 2025) kepada 8.6 juta penerima yang layak dengan kadar peruntukan sebanyak RM2 billion.

Bagaimanakah semak status penerima bayaran STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : RM100 ONE OFF SARA : SEMAKAN 2025 ONLINE

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 3 2025

Berdasarkan kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF), bayaran STR Fasa 3 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada tarikh berikut :

  • Mulai 12 Ogos 2025 (Selasa).

KADAR PEMBAYARAN STR FASA 3 2025

Kadar pembayaran STR Fasa 3 adalah berdasarkan kategori penerima seperti berikut :

  • Isi Rumah B40 :
    • RM150 sehingga RM650 (bergantung jumlah anak).
  • Isi Rumah M40 :
    • RM150 sehingga RM300 (bergantung jumlah anak).
  • Warga Emas Tiada Pasangan :
    • RM150 setiap individu.
  • Bujang :
    • RM150 setiap individu.

*Nota : Untuk mengetahui kadar yang tepat, sila semak pada laman rasmi STR.

CARA PEMBAYARAN STR FASA 3 2025

Terdapat dua (2) cara pembayaran STR Fasa 3, iaitu melalui :

  1. Pembayaran secara tunai melalui kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
  2. Pembayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.

JUMLAH PENERIMA STR FASA 3 2025

Berikut merupakan rekod jumlah penerima yang layak menerima bayaran STR :

  • Fasa 1 : 8.3 juta penerima.
  • Fasa 2 : 8.5 juta penerima.
  • Fasa 3 : 8.6 juta penerima.
  • Fasa 4 : Belum diketahui.

*Nota : Dari fasa ke fasa, jumlah penerima yang layak akan bertambah seiring dengan permohonan yang dibuka sepanjang tahun.

SEMAK STR FASA 3 2025

Ikuti cara semak status penerima bayaran STR Fasa 3 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment