RM100 ONE OFF SARA : SEMAKAN 2025 ONLINE
Sebuah bantuan tambahan, iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bakal disalurkan kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia melalui pengkreditan RM100 ke dalam Kad Pengenalan yang boleh digunakan di 4,100 kedai terpilih seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan.
Bagaimanakah semakan online RM100 One Off Sara? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN 100 MYKAD : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
FUNGSI BANTUAN SARA RM100 ONE OFF
Antara fungsi Bantuan SARA RM100 yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan penerima adalah khas untuk digunakan bagi membeli barangan keperluan asas seperti beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, bahan perasa, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.
TARIKH KREDIT SARA RM100 ONE OFF
Pengkreditan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 One-Off (sekaligus) bakal dilaksanakan pada 31 Ogos 2025 (Ahad) dan boleh digunakan pada bila-bila masa sebelum pada tarikh akhir iaitu 31 Disember 2025 (Rabu).
SYARAT PENERIMA RM100 ONE OFF SARA
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA One Off RM100 :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Terbuka kepada semua tanpa mengira pendapatan.
SEMAKAN ONLINE PENERIMA SARA RM100 ONE OFF
Pada 21 Ogos 2025, orang awam boleh membuat semakan status sebagai penerima SARA One Off seperti panduan berikut :
- Sila layari laman sesawang Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One Off akan dipaparkan.
- Selesai.
SEMAKAN KREDIT SARA RM100 ONE OFF
Status kredit dan baki Bantuan SARA dalam Kad Pengenalan boleh disemak seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA One Off, sila rujuk pihak berwajib di :
Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.