DUIT BANTUAN RM100 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

DUIT BANTUAN RM100 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Setiap rakyat Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan bantuan bakal menerima duit bantuan sebanyak RM100 secara one-off yang dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Bagaimanakah semakan penerima duit bantuan rm100 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN 100 MYKAD 2025 SEMAKAN : STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SIAPAKAH LAYAK DUIT BANTUAN RM100 2025

Syarat kelayakan penerima SARA ONE-OFF 2025 adalah seperti berikut:

  • Setiap Warganegara Malaysia;
  • Berusia 18 tahun ke atas (tanpa mengira pendapatan).

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ONE-OFF (sekali bayaran) akan disalurkan secara automatik kepada penerima, tanpa sebarang permohonan diperlukan.

KAEDAH PENYALURAN DUIT BANTUAN RM100

Bantuan SARA ONE-OFF RM100 akan disalurkan terus ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima. Duit RM100 tersebut boleh dibelanjakan oleh penerima untuk mendapatkan 90,000 jenis Barangan Keperluan Asas yang diluluskan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) termasuklah makanan asas, makanan dan minuman, produk kebersihan diri, produk kebersihan rumah, ubat-ubatan dan barangan persekolahan di lebih 4,100 premis berdaftar di seluruh Negara.

BILA TARIKH PENYALURAN DUIT BANTUAN RM100

Bantuan SARA one-off RM100 akan disalurkan kepada penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad), Sempena Hari Kebangsaan. Ia boleh digunakan oleh penerima pada bila-bila masa sahaja dan SAH sehingga akhir tahun, 31 Disember 2025 (Rabu).

CARA GUNA DUIT BANTUAN RM100

Penerima boleh menggunakan kredit RM100 SARA one-off untuk membeli barangan keperluan asas di 4,100 kedai diseluruh Negara seperti berikut:

  1. Bawa MyKad ke Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan Asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA ONE OFF.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA DUIT BANTUAN RM100

Bantuan RM100 akan disalurkan kepada SEMUA rakyat Malaysia 18 tahun ke atas secara automatik, tanpa sebarang permohonan diperlukan. Semakan Kelayakan Bantuan boleh dilakukan secara online di Portal MyKasih bermula 21 Ogos 2025 seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment