TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Pastinya majoriti daripada pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus ‘Layak’ menantikan bayaran untuk fasa yang seterusnya. Oleh itu, Kerajaan akan melaksanakan bayaran fasa tiga (3) tidak lama lagi.

Bagaimanakah semakan tarikh bayaran duit STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAKAN BANTUAN MYKASIH : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA

KAEDAH BAYARAN DUIT STR FASA 3

Kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada jenis penerima berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH PENERIMAAN BAYARAN
STR FASA 3
Ada akaun bankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima atau pasangan
Tiada maklumat akaun bank
atau
status ‘Gagal Kredit’
Diberikan secara tunai di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN) sahaja

JUMLAH BAYARAN DUIT STR FASA 3

Berikut merupakan jumlah bayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR FASA 3
Isi Rumah B40RM150 hingga RM650
(dibayar bergantung bilangan anak)
Isi Rumah M40RM100 hingga RM300
(dibayar bergantung bilangan anak)
Warga EmasRM150
BujangRM150

TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 3

Bayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dilaksanakan pada tarikh :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN STR FASA 3
Penerima Sedia AdaAkhir Julai hingga Ogos 2025
(jangkaan)
Penerima BaharuAkhir Julai hingga Ogos 2025
(jangkaan)
*Nota : Tarikh di atas akan dikemaskini kembali apabila ianya telah diumumkan secara rasmi.

BILANGAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 3

Daripada pendekatan pembukaan permohonan dan rayuan untuk sepanjang tahun, bilangan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan terus bertambah seperti berikut :

PERINGKAT BAYARANBILANGAN PENERIMA
Fasa 18.3 juta penerima
Fasa 28.5 juta penerima
Fasa 38.7 juta penerima
(anggaran)
Fasa 49 juta penerima
(anggaran)

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3

Ikuti panduan semakan status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment