CARA SEMAK SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, produk kesihatan, barangan persekolahan dan sebagainya dapat ditampung dengan adanya Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih yang dibayar kepada 5.4 juta penerima yang memerlukan pada setiap bulan.
Bagaimanakah cara semak SARA MyKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH DUIT STR MASUK : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
SISTEM BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Kerajaan telah menyelaraskan sistem bayaran Bantuan SARA MyKasih seperti berikut :
- Penerima Semenanjung Malaysia :
- Dibayar secara tanpa tunai pada setiap bulan melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan.
- Penerima Sabah dan Sarawak :
- Tidak lagi dibayar secara tunai dua (2) kali setahun, kerana ianya dibayar secara tanpa tunai pada setiap bulan melalui pengkreditan ke dalam kad pengenalan penerima khas untuk pembelian barangan keperluan.
JUMLAH BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan SARA MyKasih kepada setiap kategori penerima :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah Miskin dan Miskin Tegar dibayar RM100 setiap bulan selama 3 bulan dan RM200 setiap bulan selama 9 bulan.
- Isi Rumah Asas Bukan Miskin dibayar RM100 setiap bulan selama 9 bulan.
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warga Emas Miskin dan Miskin Tegar dibayar RM100 setiap bulan selama 3 bulan dan RM150 setiap bulan selama 9 bulan.
- Warga Emas Asas Bukan Miskin dibayar RM50 setiap bulan selama 9 bulan.
- KATEGORI BUJANG :
- Bujang Miskin dan Miskin Tegar dibayar RM50 setiap bulan selama 12 bulan.
- Bujang Asas Bukan Miskin tiada peruntukan.
TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Bantuan SARA MyKasih dibayar pada setiap bulan pada tarikh-tarikh berikut :
- 15/01/2025 (Rabu).
- 01/02/2025 (Sabtu).
- 01/03/2025 (Sabtu).
- 01/04/2025 (Selasa).
- 01/05/2025 (Khamis).
- 01/06/2025 (Ahad).
- 01/07/2025 (Selasa).
- 01/08/2025 (Jumaat).
- 01/09/2025 (Isnin).
- 01/10/2025 (Rabu).
- 01/11/2025 (Sabtu).
- 01/12/2025 (Isnin).
CARA SEMAK SARA MYKASIH 2025
Status kelayakan penerima Bantuan SARA MyKasih yang terbaru boleh disemak seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA SEMAK BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Status bayaran dan baki Bantuan SARA MyKasih boleh disemak seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda melalui :
- Google Play (Bagi pengguna Android); atau
- App Store (Bagi pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
- Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
- Masukkan Nombor OTP yang betul.
- Seterusnya, klik pada butang [Next].
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.