TARIKH MASUK PEMBAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Rata-rata penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Setiap penerima yang disahkan layak akan menerima bayaran Fasa 3 tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan tarikh masuk pembayaran STR Fasa 3? Ikuti maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : MY SARA SEMAK : (2025) SEMAKAN STATUS SAMA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
BILANGAN PENERIMA STR FASA 3 2025
Daripada pendekatan permohonan dan rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibuka sepanjang tahun, bilangan penerima akan bertambah dari fasa ke fasa. Termasuklah fasa ketiga yang dianggarkan penerima bertambah daripada 8.5 juta kepada 8.7 juta.
KAEDAH MASUK PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Untuk memudahkan penerima, Kerajaan menyediakan dua (2) kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 seperti berikut :
- Dibayar secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima yang tiada akaun bank aktif; atau
- Dibayar secara pengkreditan ‘IBG Fund Transfer’ ke dalam akaun bank milik penerima atau pasangan.
JUMLAH MASUK PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Setiap kategori akan menerima jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 yang berbeza seperti berikut :
- Isi Rumah B40 : RM150 hingga RM650 (bergantung bilangan anak).
- Isi Rumah M40 : RM100 hingga RM300 (bergantung bilangan anak).
- Warga Emas : RM150 (setiap individu).
- Bujang : RM150 (setiap individu).
TARIKH MASUK PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dijangka bermula pada akhir bulan Julai hingga Ogos 2025. Namun, Pihak Kementerian Kewangan (MOF) masih belum menyatakan secara rasmi tarikh pembayaran.
Sekiranya tarikh pembayaran diumumkan secara rasmi, pihak kami akan kemaskini maklumat tersebut dari semasa ke semasa supaya dapat memudahkan capaian orang ramai berkaitan tarikh yang akan diterima.
SEMAK STATUS PENERIMA PEMBAYARAN STR FASA 3 2025
Bagi yang belum mengetahui status sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3, ikuti cara semakan status seperti berikut :
- Layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.