TARIKH PEMBAYARAN WANG STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Wang peruntukan sebanyak RM13 billion di salurkan kepada rakyat melalui inisiatif bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar secara berperingkat bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat.
Bagaimanakah semakan tarikh pembayaran wang STR? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MY SARA SEMAK : SEMAKAN STATUS SAMA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SISTEM PEMBAYARAN WANG STR
Setelah diluluskan, penerima akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut fasa melalui sistem pembayaran berikut :
- Penunaian di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tiada akaun bank yang aktif; atau
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank milik penerima atau pasangan (isi rumah).
AMAUN PEMBAYARAN WANG STR (FASA 3 2025)
Berikut merupakan amaun Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dibayar bagi fasa ketiga (3) :
- Isi Rumah Pendapatan Rendah (B40) :
- Tiada anak : RM150.
- 1 – 2 anak : RM300.
- 3 – 4 anak : RM500.
- 5 anak ke atas : RM650.
- Isi Rumah Pendapatan Sederhana (M40) :
- Tiada anak : RM100.
- 1 – 2 anak : RM200.
- 3 – 4 anak : RM250.
- 5 anak ke atas : RM300.
- Warga Emas (Tiada Pasangan) :
- RM150.
- Bujang :
- RM150.
TARIKH PEMBAYARAN WANG STR
Pembayaran wang Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara ansur melalui empat (4) fasa mengikut tarikh berikut :
- Fasa 1 : 22 Januari 2025 hingga 28 Januari 2025.
- Fasa 2 : 24 Mac hingga 27 Mac 2025.
- Fasa 3 : Bakal diumumkan dalam masa terdekat.
- Fasa 4 : Belum diketahui.
SEMAKAN STATUS PENERIMA WANG STR
Bagi yang belum mengetahui status sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti semakan berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk notis pemakluman terkini.
- Klik pada butang [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang mempunyai akaun; atau
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.