BILAKAH PEMBAYARAN DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

BILAKAH PEMBAYARAN DUIT STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Berdasarkan turutan peringkat pembayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025, kini memasuki fasa yang ketiga (3) yang mana ianya akan dibayar dalam masa terdekat kepada semua penerima sedia ada dan baharu.

Bagaimanakah semakan pembayaran duit STR dilakukan? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK MYKASIH DALAM IC : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SIAPAKAH LAYAK TERIMA DUIT STR

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hanya khas untuk Warganegara Malaysia yang memenuhi kelayakan berikut :

ISI RUMAH :

  • Berkahwin (ada atau tiada anak); atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (mempunyai anak yang menepati syarat); dan
  • Pendapatan Isi Rumah bawah RM2,500 (B40) atau pendapatan RM2,501 sehingga RM5,000 sebulan (M40).

WARGA EMAS :

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat); dan
  • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

BUJANG :

  • Belum berkahwin atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (tidak mempunyai anak yang menepati syarat); dan
  • Berumur 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

BAGAIMANAKAH PEMBAYARAN DUIT STR

Cara pembayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dibayar secara ‘IBG Fund Transfer’ terus
ke dalam akaun bank milik penerima /
pasangan
Dibayar secara tunai di kunter mana-
mana cawangan Bank Simpanan Nasional
(BSN)

BERAPAKAH JUMLAH PEMBAYARAN DUIT STR

Jumlah pembayaran duit Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 adalah bergantung kepada kategori penerima berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN DUIT STR
Isi Rumah B40RM1,000 (tiada anak)
RM1,500 (1 – 2 anak)
RM2,000 (3 – 4 anak)
RM2,500 (5 anak ke atas)
Isi Rumah M40RM500 (tiada anak)
RM750 (1 – 2 anak)
RM1,000 (3 – 4 anak)
RM1,250 (5 anak ke atas)
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM600
BujangRM600
*Nota : Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 3 perlu disemak di Portal Rasmi.

BILAKAH PEMBAYARAN DUIT STR

Pemabayaran duit Bantuan Sumbangan Tuani Rahmah (STR) adalah mengikut jadual berikut :

PERINGKAT BAYARANTARIKH PEMBAYARAN DUIT STR
Fasa 122 Januari 2025
hingga
28 Januari 2025
Fasa 224 Mac 2025
hingga
27 Mac 2025
Fasa 3Akhir Julai 2025
hingga
Ogos 2025
Fasa 4November 2025
*Nota : Tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dan 4 akan dikemaskini dari semasa ke semasa dalam masa terdekat.

SEMAKAN STATUS PENERIMA DUIT STR

Ikuti cara semakan status kelayakan penerima dan maklumat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf

Leave a Comment