BAYARAN STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

BAYARAN STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

Sekiranya pemohon baharu atau rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang melepasi verifikasi permohonan dan berstatus ‘Lulus’ akan menerima pembayaran fasa ketiga (3) dengan amaun yang berbeza mengikut kelayakan yang ditetapkan.

Bagaimanakah semakan status penerima bayaran STR Fasa 3? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH PEMBAYARAN STR MASUK : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Pihak Kementerian Kewangan (MOF) belum mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa tiga (3). Bagaimanapun, berikut merupakan tarikh yang dijangka akan dibayar :

  • Dijangka bermula akhir bulan Julai hingga Ogos 2025.

*Nota : Tarikh di atas akan dikemaskini kembali apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

MASA BAYARAN STR FASA 3

Berikut merupakan anggaran masa pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa tiga (3) mula disalurkan mengikut akaun bank penerima :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain bank : Selepas 10 malam.

AMAUN BAYARAN STR FASA 3

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa tiga (3) akan dibayar mengikut kategori penerima seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 :
      • RM150 (tiada anak).
      • RM300 (1 – 2 anak).
      • RM500 (3 – 4 anak).
      • RM650 (5 anak ke atas).
    • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 :
      • RM100 (tiada anak).
      • RM200 (1 – 2 anak).
      • RM250 (3 – 4 anak).
      • RM300 (5 anak ke atas).
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang Umur 21 hingga 59 tahun :
      • RM150 (setiap individu).
    • Bujang Umur 60 tahun ke atas :
      • RM150 (setiap individu).

MEDIUM BAYARAN STR FASA 3

Terdapat dua (2) medium bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa tiga (3), iaitu :

  1. Secara penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima :
    • Tiada akaun bank yang aktif; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’.
  2. Secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima melalui ‘IBG Fund Transfer‘.

SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 3

Status penerima serta maklumat pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 perlu disemak melalui laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

1 thought on “BAYARAN STR FASA 3 : (2025) SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG”

Leave a Comment