MYKASIH ELIGIBILITY : SEMAKAN ONLINE 2025
Kini, bilangan penerima Bantuan MyKasih telah meningkat sehingga tujuh puluh lima peratus (75%) iaitu daripada 700,000 ribu penerima kepada 5.4 juta penerima yang memenuhi eligibility (kelayakan) yang ditetapkan oleh Kerajaan MADANI.
Bagaimanakah semakan MyKasih eligibility secara online? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH BAYARAN STR FASA 3 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
MYKASIH ELIGIBILITY
Antara eligibility (kelayakan) yang ditetapkan untuk menerima Bantuan MyKasih adalah seperti berikut :
Kelayakan Penerima Sedia Ada :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah;
- Bujang; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
Kelayakan Penerima Baharu :
- Warganegara Malaysia; dan
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori :
- Isi Rumah; dan
- Warga Emas Tiada Pasangan.
SEMAKAN MYKASIH ELIGIBILITY ONLINE
Ikuti cara semakan eligibility (kelayakan) sebagai penerima Bantuan MyKasih secara online (atas talian) seperti berikut :
- Layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama portal rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
KADAR AGIHAN MYKASIH
Kadar agihan Bantuan MyKasih adalah mengikut eligibility (kelayakan) penerima seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
- Isi Rumah : RM100 / RM200 sebulan hingga RM2,100 setahun.
- Warga Emas : RM100 / RM150 sebulan hingga RM1,650 setahun.
- Bujang : RM50 sebulan hingga RM600 setahun.
- Penerima Baharu :
- Isi Rumah : RM100 sebulan hingga RM900 setahun.
- Warga Emas : RM50 sebulan hingga RM450 setahun.
CARA AGIHAN MYKASIH
Kesemua penerima di Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak akan menerima agihan Bantuan MyKasih seperti berikut :
- Diagihkan secara tanpa tunai terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima sekali sahaja pada setiap bulan bagi pembelian barangan keperluan asas.
TARIKH AGIHAN MYKASIH
Bantuan MyKasih diagihkan pada setiap bulan mengikut tarikh berikut :
- 15/01/2025 (Rabu).
- 01/02/2025 (Sabtu).
- 01/03/2025 (Sabtu).
- 01/04/2025 (Selasa).
- 01/05/2025 (Khamis).
- 01/06/2025 (Ahad).
- 01/07/2025 (Selasa).
- 01/08/2025 (Jumaat).
- 01/09/2025 (Isnin).
- 01/10/2025 (Rabu).
- 01/11/2025 (Sabtu).
- 01/12/2025 (Isnin).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.