BILA MASUK PEMBAYARAN STR : (FASA 3 2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BILA MASUK PEMBAYARAN STR : (FASA 3 2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Setelah permohonan diluluskan, individu yang layak hanya perlu menunggu pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dimasukkan secara berperingkat melalui empat (4) fasa dan bayaran fasa ketiga (3) bakal dimasukkan tidak lama lagi.

Bagaimanakah semakan masuk pembayaran STR Fasa 3? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN MYKASIH MELALUI ONLINE : (TERKINI 2025) CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

BILA MASUK PEMBAYARAN STR

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dimasukan secara berperingkat mengikut waktu berikut :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain bank : Selepas 10 malam.

TARIKH MASUK PEMBAYARAN STR (FASA 3 2025)

Berikut merupakan tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 :

  • Penerima Sedia Ada (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) :
    • Dijangka akhir bulan Julai hingga Ogos 2025.
  • Penerima Baharu (Semenanjung, Sabah dan Sarawak) :
    • Dijangka akhir bulan Julai hingga Ogos 2025.

*Nota : Tarikh pembayaran fasa 3 yang rasmi akan dikemaskini kembali sebaik sahaja ianya diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF).

KADAR MASUK PEMBAYARAN STR (FASA 3 2025)

Kadar pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dimasukan mengikut kategori penerima seperti berikut :

  • Isi Rumah B40 :
    • RM150 (tiada anak).
    • RM300 (1 – 2 anak).
    • RM500 (3 – 4 anak).
    • RM650 (5 anak ke atas).
  • Isi Rumah M40 :
    • RM100 (tiada anak).
    • RM200 (1 – 2 anak).
    • RM250 (3 – 4 anak).
    • RM300 (5 anak ke atas).
  • Warga Emas :
    • RM150.
  • Bujang :
    • RM150.

KAEDAH PEMBAYARAN STR (FASA 3 2025)

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 dibayar melalui dua (2) kaedah, iaitu :

  • Pembayaran terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.
  • Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran untuk penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR (FASA 3 2025)

Status kelayakan penerima dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 boleh disemak seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

Leave a Comment