PERMOHONAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025 (RM1200 & RM600)
Berita Baik! Bantuan Keperluan Asas Rahmah kini diteruskan dengan penambahbaikan, membolehkan lebih ramai penerima layak menerima manfaat bantuan ini. Bantuan ini disalurkan terus ke dalam MyKad penerima untuk memudahkan perbelanjaan barangan keperluan asas harian seperti barangan dapur.
Bagaimanakah permohonan bantuan barang dapur 2025 (RM1200 & RM600)? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN EKASIH 2025 : SEMAK STATUS PENERIMA SEKARANG (SARA RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
APA ITU BANTUAN BARANG DAPUR
Bantuan barang dapur ini merupakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibawah Program MyKasih yang bertujuan memenuhi keperluan asas rakyat Malaysia.
Inisiatif bantuan ini tidak akan diberikan dalam bentuk wang tunai. Hal ini kerana, wang bantuan akan disalurkan terus kedalam MyKad penerima secara bulanan, dan akan digunakan untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti barangan dapur, makanan, pakaian, dan barangan keperluan.
Bermula tahun 2025, individu yang lulus dan merupakan penerima bantuan STR 2025, juga layak menerima bantuan ini, berbanding sebelum ini ianya hanya terhad kepada yang dari golongan Miskin/Miskin Tegar eKasih.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BARANG DAPUR (SARA MYKASIH)
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
CARA PERMOHONAN BANTUAN BARANG DAPUR (SARA MYKASIH)
Bantuan ini tidak memerlukan permohonan. Ianya akan disalurkan secara automatik kedalam MyKad individu jika individu tersebut merupakan penerima bantuan STR 2025, atau pendaftar eKasih (bagi golongan Miskin/Miskin Tegar).
Oleh itu, individu hendaklah terlebih dahulu memohon dan mendaftar bantuan seperti berikut:
- Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
https://bantuantunai.hasil.gov.my - Pendaftaran eKasih :
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
PANDUAN LENGKAP PERMOHONAN BANTUAN STR
Permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
PANDUAN LENGKAP PENDAFTARAN SISTEM EKASIH
Pendaftaran ekasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
- Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
- Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Selesai.
JUMLAH BANTUAN YANG DIAGIHKAN SECARA BULANAN
Kadar bantuan yang adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 – BUKAN MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 (RM100 Sebulan) | RM 900 (RM 100 Sebulan) |
Warga emas tiada pasangan | RM 1200 (RM100 Sebulan) | RM 450 (RM 50 Sebulan) |
Bujang | RM 600 (RM50 Sebulan) | – |
TARIKH DAN JADUAL PENGAGIHAN BANTUAN
Tarikh pengagihan dan bayaran bagi Kategori Miskin/Miskin eKasih dengan BUKAN Miskin/Miskin eKasih adalah berbeza seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TARIKH PENGAGIHAN BANTUAN |
---|---|
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasih | Bermula Januari 2025 |
Penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 (Bukan Miskin & Miskin Tegar eKasih) | Bermula April 2025 |
Catatan : Kaedah penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima. Kaedah ini membenarkan penerima membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
Bantuan E kasih 2025.
Assalamualaikum adakah saya layak mykasih bantuan kerajaan Barang dapur Dan kredit setiap Bulan RM 100 saya seorang Suri rumah Dan mempunyai 2 orang anak sekolah tingkatan harap maklum.