BANTUAN MYKASIH RM900 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN MYKASIH RM900 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Kerajaan turut menyediakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan bulanan kepada penerima STR yang tidak tersenarai dalam sistem eKasih bagi membantu menampung keperluan harian.

Bagaimanakah semakan status layak atau tidak bantuan mykasih rm900? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: MYKASIH LOGIN SEMAKAN 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG

SIAPAKAH LAYAK BANTUAN MYKASIH RM900

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA bukan eKasih terbaru 2025:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
  • Kategori Isi Rumah;
  • BUKAN dari kategori Miskin dan Miskin Tegar eKasih;

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada penerima secara automatik jika memenuhi syarat kelayakan ditetapkan.

KADAR BAYARAN BULANAN BANTUAN MYKASIH RM900

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) terkini 2025 bermula April – Disember 2025 adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMA
(BUKAN EKASIH)
AMAUN BULANAN
(RM)
JUMLAH KELAYAKAN SETAHUN (RM)
Isi RumahRM100/bulan
(Bermula April – Disember)
RM900 Setahun

MANFAAT KREDIT BULANAN BANTUAN MYKASIH

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad penerima secara bulanan sebanyak membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad.

CARA SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN MYKASIH RM900 SECARA ONLINE

Status Layak atau Tidak Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi kategori bukan eKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Semakan di Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, Klik [Semakan Status].
  5. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Semakan di Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA GUNA DUIT BANTUAN MYKASIH RM900

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment