SEMAKAN JPT UPU 2025 : SEMAK STATUS KEPUTUSAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

SEMAKAN JPT UPU 2025 : SEMAK STATUS KEPUTUSAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

Sesi akademik untuk pengajian ke peringkat Diploma dan Sijil di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT akan bermula tidak lama lagi. Terdapat lebih 346 program yang ditawarkan kepada pelajar lepasan SPM yang layak.

Bagaimanakah semakan JPT UPU? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN TERKINI MYKASIH ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

TEMPOH SEMAKAN JPT UPU 2025

Pautan JPT UPU dibuka untuk semakan keputusan adalah selama sepuluh (10) hari sahaja mengikut tarikh berikut :

TARIKH PAUTAN JPT UPU DIBUKATARIKH PAUTAN JPT UPU DITUTUP
16 Jun 2025, Isnin (12:00 tengah hari)25 Jun 2025, Rabu (5:00 petang)

PAUTAN JPT UPU 2025

Berikut merupakan pautan JPT UPU yang dibuka untuk semakan keputusan :

BIL.PAUTAN JPT UPU 2025
1.UTM
https://jpt.utm.my/
2.UUM
https://jpt.uum.edu.my/
3.UNIMAS
https://jpt.unimas.my/
4.UMS
https://jpt.ums.edu.my/
5.UMT
https://jpt.umt.edu.my/

SEMAKAN JPT UPU 2025

Cara semakan keputusan UPU kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT :

  1. Pilih salah satu (1) pautan semakan di atas.
  2. Bahagian semakan keputusan akan dipaparkan.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan yang disediakan mengikut format yang diperlukan.
  4. Seterusnya, klik pada butang [Masuk].
  5. Keputusan ‘Permohonan Kemasukan Ke Universiti Awam (UA)’ akan dipaparkan.
  6. Selesai.

PENERIMAAN TAWARAN UPU 2025

Bagi pelajar yang berjaya ditawarkan untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) / Politeknik / Kolej Komuniti / MARA BPT sesi akademik 2025 / 2026, perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran ‘Setuju Terima Tawaran’ sehingga 25 Jun 2025, Rabu.

Sekiranya pelajar gagal membuat pengesahan dalam tempoh masa yang ditetapkan, secara automatik pelajar akan dianggap menolak tawaran.

RAYUAN PERMOHONAN JPT UPU 2025

Hanya pelajar yang tidak berjaya atau ditawarkan pengajian di peringkat sijil sahaja dibenarkan untuk mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan politeknik melalui pautan ini : https://upu.mohe.gov.my.

Bagi permohonan rayuan ke Kolej Komuniti dan MARA BPT pula, pelajar perlu kemukakan permohonan terus kepada institusi tersebut tanpa perlu melalui UPUOnline.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan UPU, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://upu.mohe.gov.my.

Leave a Comment