SEMAKAN STR : CARA SEMAK STATUS 2026 (BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

SEMAKAN STR : CARA SEMAK STATUS 2026 (BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)

Sumbangan Tunai Rahmah adalah sebuah program bantuan tunai Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah dari kalangan B40, Miskin dan Miskin Tegar serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan.

Inisiatif ini bertujuan untuk membantu golongan B40, Miskin dan Miskin Tegar serta sederhana yang berkelayakan menghadapi cabaran situasi ekonomi dan kos sara hidup.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh disemak secara dalam talian melalui Portal Rasmi STR tanpa perlu hadir ke pejabat LHDN, sekali gus memudahkan urusan semakan dengan lebih cepat dan mudah.

Bagaimanakah semakan str? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA

SYARAT KELAYAKAN STR 2026

Syarat kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 mengikut kategori adalah seperti berikut:

  1. Kategori Isi Rumah:
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Kategori Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SEMAKAN STR 2026

Status Bantuan STR 2026 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Laman Portal MySTR 2026 akan dipaparkan.
  3. Pada paparan tersebut, klik pada butang [Log Masuk].
  4. Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  6. Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
  7. Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
  8. Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
  9. Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
  10. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Terus klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status permohonan akan dipaparkan.
  13. Selesai.

LUPA KATA LALUAN SEMAKAN STR

Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:

  1. Untuk dapatkan balik kata laluan/ password log masuk Portal Rasmi MYSTR 2026 yang terlupa atau hilang, sila tekan pautan ini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/TerlupaKataLaluan
  2. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  3. Kemudian, klik [Semak].
  4. Sila masukkan Alamat e-Mail yang berdaftar.
  5. Seterusnya, tekan butang [Hantar].
  6. Sila semak e-Mail untuk kata laluan baru.
  7. Anda akan menerima e-Mail : makluman penukaran Kata Laluan ID Sumbagan Tunai Rahmah 2026.
  8. Dalam e-Mail tersebut akan dipaparkan maklumat ID Sumbangan Tunai Rahmah anda.
    • ID Pengguna : No MyKad anda.
    • Kata Laluan Sementara : Semak e-Mail anda.
  9. Sila login Portal MySTR menggunakan ID pengguna dan kata laluan sementara di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  10. Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruangan tersebut.
  11. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  12. Paparan seterusnya menunjukkan [Kata Kunci Keselamatan].
  13. Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
  14. Masukkan [Kata Laluan] seperti yang telah diciptakan.
  15. Kemudian, klik pula butang [Log Masuk].
  16. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  17. Terus klik butang [Semakan Permohonan].
  18. Status permohonan akan dipaparkan.
  19. Selesai.

JUMLAH BANTUAN STR 2026

Kadar jumlah bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah
berpendapatan RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 700
1 hingga 2 Anak : RM 1,200
3 hingga 5 Anak : RM 1,700
5 Anak dan Ke atas: RM 2,200
Isi rumah
berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM200
1 hingga 2 Anak : RM 450
3 hingga 5 Anak : RM 700
5 Anak dan Ke atas: RM 950
Warga emas tiada pasanganRM 600
BujangKaedah melalui SARA

TARIKH BAYARAN STR 2026

Tarikh bayar bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 seperti berikut :

FASA 2026TARIKH MASUK BAYARAN
Fasa 1
Fasa 2
Fasa 3
Fasa 4
(INFO PENTING) Tarikh bayaran belum diumumkan dan akan dikemaskini.

SEMAKAN CARA BAYARAN STR

Bantuan STR 2026 akan dibayar mengikut kaedah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKAEDAH PENGKREDITAN
Penerima mempunyai akaun bankPengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sangat sarankan kepada anda untuk kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan dengan kediaman anda.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747 [ Waku Operasi : 9.00 pagi-5.00 petang]
  • Hotlink MOF : 03-88824565/03-88824566
  • e-Mel : [email protected]
  • Alamat : Sekretariat STR, Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pd.

Leave a Comment