SEMAKAN MQA IPTA : CHECK KELAYAKAN
Setiap pelajar yang bakal dan telah memasuki IPT, anda boleh menyemak kelayakan program atau bidang yang dipilih di Malaysian Qualifications Agency (MQA). Semakan ini boleh dibuat untuk IPTA dan IPTS serta yang setara dengannya. Hal ini dapat membantu para siswa untuk mengetahui bahawa bidang pengajian yang dipilih diiktiraf atau tidak untuk kegunaan semasa dan selepas tamat pengajian.
Bagaimanakah SEMAKAN MQA IPTA? Ikuti penjelasan di sini.
BACA JUGA : CHECK STR FASA 3 (SEMAK TARIKH & JUMLAH BAYARAN)
PENGENALAN MQA
Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) merupakan agensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang telah ditubuhkan pada 1 November 2007 dengan berkuatkuasanya Akta Agensi Kelayakan Malaysia (Akta 679).
MQA merupakan agensi baru yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang mengawal kualiti program pengajian di IPTS dengan Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi yang mengendalikan penilaian jaminan kualiti program di IPTA sebelum ini. Penubuhan MQA menjadikan sistem jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia terletak di bawah satu agensi tunggal yang tidak membezakan semua IPT. MQA juga adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) yang merupakan ’perlembagaan’ pengajian tinggi negara.
SEMAKAN KELAYAKAN MQA IPTA
Setiap program pengajian hendaklah diperiksa kelayakan dan pengiktirafannya, sama ada program di IPTA atau IPTS. Anda boleh menyemak kelayakan MQA IPTA seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MQA di https://www2.mqa.gov.my/mqr/CAkreditasi.cfm
- Lihat di bahagian kiri paparan dan cari menu [Carian Kelayakan].
- Pilih [Institusi Awam/Kerajaan] atau [Institusi Swasta].
- Kemudian, pilih IPT yang dikehendaki. Tekan pada butang IPT pilihan.
- Masukkan ‘Nama IPT’ (sebahagian atau nama penuh).
- Kemudian, klik pada [Mula Carian].
- Skrin akan memaparkan beberapa program yang terdapat dalam IPT tersebut.
- Seterusnya, tekan [Papar] untuk program yang dikehendaki.
- Maklumat MQA bagi program akan dipaparkan pada skrin.
- Cetak maklumat paparan tersebut bagi mendapatkan Salinan Cetakan Akreditasi MQA untuk permohonan UPU termasuk aplikasi online.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya ingin mendapatkan jawapan lebih lanjut mengenai MQA, boleh utarakan persoalan di:
- Portal MQA : https://www.mqa.gov.my/
- Sistem Pengurusan Pertanyaa & Aduan : https://www2.mqa.gov.my/sppa/
- No. Telefon : 03-8688 1900