SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN EKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Terdapat pelbagai manfaat yang diperolehi sekiranya rakyat yang benar-benar layak berdaftar dengan eKasih. Antaranya, akan menerima pelbagai bentuk bantuan daripada kerajaan serta agensi-agensi pemberian bantuan.
Bagaimanakah semakan kelayakan Bantuan eKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN MYKAD MYKASIH RM2100 : SEMAK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
PENGENALAN BANTUAN EKASIH 2025
eKasih adalah merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan.
Antara bantuan yang diberikan kepada penerima yang berdaftar dengan eKasih adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk sepanjang tahun 2025.
KADAR BAYARAN BANTUAN EKASIH 2025
Kadar pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima yang berdaftar dengan eKasih dan bukan eKasih adalah berbeza seperti berikut :
- Penerima Bantuan SARA Daftar eKasih :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal ada anak) | RM2,100 setahun (RM100/RM200 sebulan) |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM1,650 setahun (RM100/RM150 sebulan) |
BUJANG (Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak) | RM600 setahun (RM50 sebulan) |
- Penerima Bantuan SARA Bukan eKasih :
KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN BANTUAN |
---|---|
ISI RUMAH (Berpasangan / Tunggal ada anak) | RM900 setahun (RM100 sebulan) |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM450 setahun (RM50 sebulan) |
BUJANG (Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak) | – |
JADUAL BAYARAN BANTUAN EKASIH 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada yang daftar eKasih dan bukan eKasih adalah seperti berikut :
TARIKH BAYARAN | PENERIMA DAFTAR EKASIH | PENERIMA BUKAN EKASIH |
---|---|---|
Bayaran Sesi 1 : 15/01/2025 (Rabu) 01/02/2025 (Sabtu) 01/03/2025 (Sabtu) | Isi Rumah : RM100/sebulan Warga Emas : RM100/sebulan Bujang : RM50/sebulan | – |
Bayaran Sesi 2 : 01/04/2025 (Selasa) 01/05/2025 (Khamis) 01/06/2025 (Ahad) 01/07/2025 (Selasa) 01/08/2025 (Jumaat) 01/09/2025 (Isnin) 01/10/2025 (Rabu) 01/11/2025 (Sabtu) 01/12/2025 (Isnin) | Isi Rumah : RM200/sebulan Warga Emas : RM150/sebulan Bujang : RM50/sebulan | Isi Rumah : RM100/sebulan Warga Emas : RM50/sebulan Bujang : – |
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN EKASIH 2025
Kelayakan pendaftaran eKasih boleh diketahui melalui semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 84XXXXXXXXXX.
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 603 8000 8000
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.