KAD PEKERJA MADANI UNTUK SIAPA 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN
Bermula 1 Mei 2025, Kerajaan memperkenalkan inisiatif Kad Pekerja MADANI bagi membolehkan ahli kesatuan sekerja menikmati diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat terlibat serta akses percuma kepada program latihan dan peningkatan kemahiran di seluruh negara.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bantuan kad pekerja madani 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN KAD PEKERJA MADANI 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA ANDA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
APA ITU KAD PEKERJA MADANI
Kad Pekerja MADANI merupakan inisiatif Kerajaan yang membolehkan ahli kesatuan sekerja menikmati diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat terlibat.
Di samping itu, pemegang Kad Pekerja MADANI juga berpeluang mendapatkan akses kepada program latihan bersubsidi, peningkatan kemahiran, serta sokongan kebajikan dan perlindungan sosial termasuk bantuan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan dengan pendaftaran secara percuma yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
KAD PEKERJA MADANI UNTUK SIAPA
Permohonan dibuka kepada semua pekerja warganegara Malaysia yang menjadi ahli mana-mana kesatuan yang aktif yang sah di Malaysia.
MANFAAT PENERIMA KAD PEKERJA MADANI
Kelebihan dan manfaat yang bakal diterima oleh pemilik Kad Pekerja Madani adalah seperti berikut:
- Diskaun sehingga 30% di lebih 100 syarikat termasuk pasar raya dan jenama popular seperti :
- AEON / Mydin / Jakel / Giant / Lotus’s
- Marrybrown / Zus Coffee / Old Town White Coffee
- Genting / SOCAR / Bateriku
- Diskaun istimewa untuk servis kenderaan, barangan asas, perkhidmatan harian, serta akses kepada promosi acara dan perkhidmatan peribadi.
- Peluang menyertai program latihan dan kemahiran yang ditawarkan secara bersubsidi.
- Bantuan kebajikan dan keselamatan sosial termasuk bantuan kecemasan dan perkhidmatan kesihatan.
CARA DAFTAR KAD PEKERJA MADANI
Panduan lengkap permohonan Bantuan Kad Pekerja Madani 2025 secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Kad Pekerja MADANI: https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan, kemudian tekan [Daftar Sekarang] di bahagian atas skrin.
- Isi Maklumat yang diminta dengan lengkap pada ruangan yang disediakan seperti [Jenis Kad Pengenalan], [Nombor Kad Pengenalan], [Nama Penuh], [Emel], dan [Kata Laluan].
- Kemudian, tanda [/] pada ruangan kotak [Saya Bersetuju Dengan Terma & Syarat].
- Log Masuk ke sistem selepas daftar.
- Isi [Maklumat Diri], [Keahlian Kesatuan] dan [Maklumat Majikan] dengan lengkap.
- Hantar Permohonan dan Permohonan akan disemak serta disahkan oleh Wakil Kesatuan.
- Setelah permohonan diluluskan, Sekiranya permohonan anda telah diluluskan, anda akan menerima Kad Digital dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas Kod QR atau menunjukkan Kad Digital.
- Selesai.
SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA KAD PEKERJA MADANI 2025
Panduan lengkap semakan status permohonan Bantuan Kad Pekerja Madani 2025 secara online seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Kad Pekerja MADANI: https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/
- Halaman utama Portal akan dipaparkan, kemudian tekan [Log Masuk].
- Klik pada [Ahli Kesatuan – Kad Pekerja MADANI].
- Pilih Jenis Kad Pengenalan.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan mengikut Jenis Kad Pengenalan yang dipilih.
- Kemudian masukkan [Kata Laluan] mengikut Kata Laluan yang didaftarkan.
- Tanda [/] pada ruangan kotak [Ingati Saya].
- Tekan [Log Masuk].
- Klik [Semak Status].
- Status Permohonan dan Kelayakan Penerima akan dipaparkan. Sekiranya permohonan anda telah diluluskan, anda akan menerima Kad Digital dan boleh digunakan di premis rakan strategik dengan mengimbas Kod QR atau menunjukkan Kad Digital.
- Selesai.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan Kad Pekerja MADANI, anda boleh terus rujuk Portal Rasmi Kad Pekerja MADANI di bawah ini.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://kadpekerjamadani.mohr.gov.my/#faq