SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
Walaupun Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah mula dibayar bermula semalam (9 Disember 2024, Isnin), namun masih ada segelintir penerima yang belum mengetahui status kelayakannya sebagi penerima bayaran Bantuan SARA secara one-off. Kini, setiap individu boleh mengetahui status melalui pautan portal rasmi yang telah dibuka.
Bagaimanakah sara mykasih semakan status? Ketahui info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK PENERIMA BAYARAN SARA ONE OFF (RM300/RM150)
JUMLAH BAYARAN SARA MYKASIH ONE OFF
Jumlah pembayaran Bantuan SARA MyKasih secara one-off adalah seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN SARA |
---|---|
Isi Rumah Berpasangan (Ada atau Tiada anak) | RM300 |
Isi Rumah Tunggal (Ada anak) | RM300 |
- KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN SARA |
---|---|
Bujang / Balu / Janda / Duda (umur 21 hingga 59 tahun) | RM150 |
Bujang / Balu / Janda / Duda (umur 60 tahun ke atas) | RM150 |
KELAYAKAN SARA MYKASIH STATUS ONE OFF
Antara kelayakan yang ditetapkan untuk berstatus lulus bayaran SARA MyKasih secara one-off adalah :
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Bantuan MySTR 2024;
- Bukan Penerima SARA MyKasih setiap bulan;
- Tiada dalam rekod data e-Kasih sebagai penerim Miskin dan Miskin Tegar.
SARA MYKASIH SEMAKAN STATUS
Terdapat dua (2) pautan portal rasmi yang dibuka untuk semakan status terkini pembayaran Bantuan SARA secara one-off (sekaligus) dan setiap individu boleh membuat semakan di mana-mana pautan portal yang boleh diakses seperti berikut :
Ikuti panduan semakan status di pautan portal rasmi MyKasih :
- Sila layari portal rasmi MyKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Ikuti panduan semakan status di pautan rasmi MySTR :
- Sila layari Portal Rasmi MySTR di pautan ini untuk semak SARA one off 2024 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Anda akan dibawa ke halaman baru STR 2025.
- Untuk semakan status SARA ONE OFF 2024, sila tekan butang [Semakan STR 2024].
- Di sini anda akan dipaparkan Maklumat Bayaran STR 2024.
- Untuk SEMAKAN SARA ONE OFF sila tekan [Maklumat Bayaran].
- Kemudian, lihat di bahagian Fasa [SARA Bukan e-Kasih].
- Status Kredit [DALAM PROSES PENGKREDITAN/BERJAYA KREDIT] dan [JUMLAH KREDIT] RM300 atau RM150 akan dipaparkan.
- Sekiranya Status Kredit [BERJAYA KREDIT] boleh semak bayaran tunai SARA ONE OFF ke akaun terima STR 2024 sebelum ini.
- Selesai.
CARA BAYARAN SARA MYKASIH ONE OFF
Terdapat dua cara bayaran Bantuan SARA MyKasih one-off, iaitu :
- Secara Tunai :
JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
---|---|
Penerima tiada akaun bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) |
- Secara Tanpa Tunai :
JENIS PENERIMA | CARA BAYARAN |
---|---|
Penerima ada akaun bank | Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau pasangan mengikut nombor akaun berdaftar |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
- https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/sara.
- Alamat E-mel : [email protected]
BANTUAN SARA MYKASlH says.
Saya
oo