SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA 2025 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA 2025 KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad membolehkan pemanfaat membeli barangan keperluan asas terpilih di kedai-kedai runcit secara tanpa tunai menggunakan kredit yang disalurkan ke MyKad.

Bagaimanakah semakan status penerima my kasih 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAK STATUS SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA 2025 TERKINI

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

PENERIMA SEDIA ADAPENERIMA BAHARU

Berstatus Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih
Bukan penerima eKasih
Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan BujangKategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan

JUMLAH BANTUAN SARA 2025

Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:

  • Penerima Sedia Ada
PENERIMA SEDIA ADA
(LULUS STR & BERSTATUS EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi Rumah
(RM2,100 Setahun)
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM200/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(RM1,650 Setahun)
RM100/bulan (bermula Januari – Mac)
RM150/bulan (bermula April – Disember)
Bujang
(RM600 Setahun)
RM50/bulan (bermula Januari – Disember)
  • Penerima Baharu
PENERIMA BAHARU
(LULUS STR & BUKAN EKASIH)
AMAUN BULANAN (RM)
Isi Rumah
(RM900 Setahun)
RM100/bulan (bermula April – Disember)
Warga Emas Tiada Pasangan
(RM450 Setahun)
RM50/bulan (bermula April – Disember)

CARA GUNA KREDIT BANTUAN SARA 2025

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan (berdasarkan 14 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SENARAI BARANGAN SARA 2025

Berikut merupakan kategori barangan berlabel SARA MyKasih yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Makanan Asas : Beras / Roti / Telur / Minyak masak / Tepung / Biskut / Mee Segera
  • Minuman : Susu / Milo / The / Nescafe
  • Makanan Dalam Tin : Sardin / Tuna / Kacang panggang
  • Bahan Perasa : Sos / Kicap / Gula / Garam
  • Produk Kebersihan : Ubat Gigi / Sabun Cecair Mandian / Tuala Wanita
  • Ubat-ubatan : Panadol / Ubat batuk dan lain-lain lagi
  • Barangan Persekolahan : Alat tulis / Pakaian Seragam Sekolah /Kasut Sekolah
  • Barangan Kebersihan Rumah (Sabun) : Sabun Pencuci Pakaian / Pencuci Pinggan Mangkuk / Pencuci Lantai

Mulai 1 Mei 2025, 14 kategori barangan asas diluluskan dengan pembayaran MyKad MyKasih termasuk barangan kebersihan rumah.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA 2025

Semakan MyKasih boleh dilakukan secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  4. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  5. Klik [Semak Status].
  6. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  7. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian klik [Semak Status].
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  7. Selesai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment