BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Bantuan tanpa tunai yang dikreditkan ke dalam MyKad penerima diteruskan lagi dengan penambahbaikan membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan lebih mencukupi dengan pengkreditan bantuan sehingga RM200 sebulan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan bantuan mykad mykasih rm200 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CEK MYKASIH SARA 2025 : CHECK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT LULUS BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
PENERIMA SEDIA ADA (0.7 JUTA PENERIMA) | PENERIMA BAHARU (4.7 JUTA PENERIMA) |
---|---|
Berstatus Miskin/Miskin eKasih dalam rekod data eKasih | Bukan eKasih |
Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 | Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 |
Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tiada Pasangan, dan Bujang | Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan |
AMAUN BULANAN BANTUAN MYKAD MYKASIH 2025
Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih disalurkan seperti berikut:
PENERIMA SEDIA ADA (BERSTATUS EKASIH) | PENERIMA BAHARU (BUKAN EKASIH) |
---|---|
Isi Rumah RM200/bulan (bermula April – Disember) | Isi Rumah RM100/bulan (bermula April – Disember) |
Warga Emas Tiada Pasangan RM150/bulan (bermula April – Disember) | Warga Emas Tiada Pasangan RM50/bulan (bermula April – Disember) |
Bujang RM50/bulan (bermula Januari – Disember) | – |
CARA PENGKREDITAN BANTUAN MYKASIH RM200 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 melalui Mykad membolehkan penerima membeli 13 Kategori Barangan Keperluan asas berlabel SARA MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan pembayaran menggunakan Mykad (IC).
PANDUAN LENGKAP CARA GUNA BANTUAN MYKAD MYKASIH RM200
Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:
- Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
- Pilih barangan keperluan (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara