BANTUAN EKASIH 2025 RM200 : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

BANTUAN EKASIH 2025 RM200 : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 kini ditambah baik, membolehkan penerima sedia ada Kategori Isi Rumah (berstatus eKasih) menerima bantuan tambahan sebanyak RM200 sebulan bermula April 2025 khusus untuk pembelian barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semak status bantuan ekasih 2025 rm200? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MYKAD MYKASIH 200 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN EKASIH 2025 RM200

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA kategori eKasih:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; DAN
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.

PANDUAN LENGKAP CARA SEMAK STATUS PENERIMA BANTUAN EKASIH 2025

Status penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih Di Pautan : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Pembayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN EKASIH 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 berstatus eKasih seperti berikut:

PENERIMA BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR EKASIHJUMLAH KELAYAKAN
SETAHUN (RM)
AMAUN BAYARAN
MENGIKUT BULAN (RM)
Isi Rumah RM 2,100RM100/bulan
(bermula Januari – Mac)

RM200/bulan
(bermula April – Disember)
Warga Emas
Tiada Pasangan
RM 1,650RM100/bulan
(bermula Januari – Mac)

RM150/bulan
(bermula April – Disember)
BujangRM 600RM50/bulan
(bermula Januari – Disember)

CARA GUNA BANTUAN RM200

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

13 KATEGORI BARANGAN KEPERLUAN ASAS

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe)
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang)
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita)
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi)
  • Barangan persekolahan (Contoh : Alat tulis, Pakaian Seragam Sekolah, Kasut Sekolah)

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara

Leave a Comment