SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Sistem agihan Bantuan Asas Rahmah (SARA) yang sistematik dan tersusun mengikut jadual yang ditetapkan dapat membantu rakyat yang merupakan penerima sah menggunakan bantuan secara terus setiap bulan.
Bagaimanakah semak Bantuan Asas Rahmah SARA? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU PERCUMA : REGISTER ONLINE SEKARANG
JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Penerima yang berdaftar dengan e-Kasih dan tidak berdaftar akan menerima jumlah Bantuan Asas Rahmah (SARA) yang berbeza seperti berikut :
PENERIMA DAFTAR E-KASIH | PENERIMA BUKAN E-KASIH |
---|---|
ISI RUMAH : RM2,100 setahun | ISI RUMAH : RM900 setahun |
WARGA EMAS : RM1,650 setahun | WARGA EMAS : RM450 setahun |
BUJANG : RM600 setahun | Bujang : – |
MEDIUM AGIHAN BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Pihak Kerajaan MADANI telah menyelaraskan medium agihan Bantuan Asas Rahmah (SARA) kepada penerima setiap negeri seperti berikut :
NEGERI-NEGERI PENERIMA | MEDIUM AGIHAN BANTUAN |
---|---|
Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pahang, Kelantan, Terengganu, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan W.P Labuan | Diagihkan secara ansur setiap bulan melalui pengkreditan tanpa tunai terus ke dalam akaun kad pengenalan (IC) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas |
JADUAL AGIHAN BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Agihan Bantuan Asas Rahmah (SARA) adalah melalui dua (2) sesi seperti jadual berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | AGIHAN SESI 1 (3 BULAN) 15 JANUARI 2025 HINGGA 1 MAC 2025 | AGIHAN SESI 2 (9 BULAN) 1 APRIL 2025 HINGGA 1 DISEMBER 2025 |
---|---|---|
Isi Rumah (Daftar e-Kasih) | RM100 sebulan | RM200 sebulan |
Isi Rumah (Bukan e-Kasih) | – | RM100 sebulan |
Warga Emas (Daftar e-Kasih) | RM100 sebulan | RM150 sebulan |
Warga Emas (Bukan e-Kasih) | – | RM50 sebulan |
Bujang (Daftar e-Kasih) | RM50 sebulan | RM50 sebulan |
SEMAK BANTUAN ASAS RAHMAH SARA 2025
Ikuti cara semak sama ada layak atau tidak sebagai penerima Bantuan Asas Rahmah (SARA) seperti panduan di bawah :
- Sila layari Portal Rasmi Bantuan Asas Rahmah (SARA).
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Asas Rahmah (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.