BANTUAN DALAM MYKAD RM900 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN DALAM MYKAD RM900 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

Sebahagian daripada 4.7 juta penerima yang merupakan golongan isi rumah layak untuk menerima bantuan tambahan yang dikreditkan menerusi akaun kad pengenalan (MyKad) berjumlah sehingga RM900 bagi tahun 2025 ini.

Bagaimanakah semakan status Bantuan Dalam MyKad? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS : SEMAK STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK (RM900 & RM400 & RM250)

KEGUNAAN BANTUAN DALAM MYKAD RM900 2025

Antara kegunaan Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad adalah untuk pembelian secara tanpa tunai mengikut barangan yang dilulusakan seperti berikut :

  • Barang dapur :
    • Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin dan bahan perasa.
  • Produk kebersihan :
    • Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita.
  • Ubat-ubatan :
    • Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM.
  • Barang sekolah :
    • Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis

TARIKH KREDIT BANTUAN DALAM MYKAD RM900 2025

Bantuan yang dikreditkan dalam MyKad sebanyak RM900 adalah secara ansur setiap bulan mengikut tarikh seperti berikut :

  • 01/04/2025 (Selasa) : RM100.
  • 01/05/2025 (Khamis) : RM100.
  • 01/06/2025 (Ahad) : RM100.
  • 01/07/2025 (Selasa) : RM100.
  • 01/08/2025 (Jumaat) : RM100.
  • 01/09/2025 (Isnin) : RM100.
  • 01/10/2025 (Rabu) : RM100.
  • 01/11/2025 (Sabtu) : RM100.
  • 01/12/2025 (Isnin) : RM100.
  • Keseluruhan : RM900 sah sehingga 31/12/2025.

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM900

Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan Dalam MyKad :

  • Warganegara Malaysia; dan
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM900 2025

Untuk mengetahui status kelayakan Bantuan Dalam MyKad yang lebih lanjut, sila semak pada pautan di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.

2 thoughts on “BANTUAN DALAM MYKAD RM900 2025 : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK”

Leave a Comment