CEK STATUS BANTUAN MYKASIH 2025 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Ramai antara penerima yang disahkan ‘Layak’ menerima Bantuan MyKasih telah menggunakannya untuk pembelian dirata-rata kedai yang terpilih seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan. Namun, masih ada penerima yang belum mengetahui status kelayakan.
Bagaimanakah cek status Bantuan MyKasih? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH SARA SEMAKAN STATUS : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU BANTUAN MYKASIH
MyKasih adalah merupakan sebuah program Sumbangan Asas Rahmah merupakan bantuan tambahan tanpa tunai yang dikreditkan menerusi akaun kad pengenalan (IC) penerima bagi membantu meringankan perbelanjaan barangan keperluan asas setiap bulan.
CEK STATUS BANTUAN MYKASIH 2025
Untuk mengetahui sama ada layak atau tidak sebagai penerima Bantuan MyKasih, cek status hanya boleh dilakukan melalui Portal Rasmi MyKasih seperti di bawah :
- Pautan Portal Rasmi MyKasih : https://mykasih.com.my.
Ikuti panduan cara cek status Bantuan MyKasih seperti berikut :
- Layari laman web Portal Rasmi MyKasih; atau klik pautan di atas.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH AGIHAN BANTUAN MYKASIH MENGIKUT STATUS PENERIMA 2025
Pengagihan Bantuan MyKasih kepada penerima adalah secara ansur setiap bulan mengikut jumlah seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH AGIHAN BANTUAN MYKASIH (JANUARI – MAC) | JUMLAH AGIHAN BANTUAN MYKASIH (APRIL – DISEMBER) |
---|---|---|
Isi Rumah Miskin & Miskin Tegar (Daftar e-Kasih) | RM100 | RM200 |
Isi Rumah Asas Bukan Miskin (Bukan e-Kasih) | – | RM100 |
Warga Emas Miskin & Miskin Tegar (Daftar e-Kasih) | RM100 | RM150 |
Warga Emas Asas Bukan Miskin (Bukan e-Kasih) | – | RM50 |
Bujang Miskin & Miskin Tegar (Daftar e-Kasih) | RM50 | RM50 |
Bujang Asas Bukan Miskin (Bukan e-Kasih) | – | – |
KEGUNAAN BANTUAN MYKASIH 2025
Antara kegunaan Bantuan MyKasih adalah untuk pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan serta barangan sekolah. Berikut merupakan cara guna Bantuan MyKasih :
- Kunjungi kedai terpilih Bantuan MyKasih berhampiran.
- Pilih barangan keperluan yang ingin dibeli (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga).
- Tunjukkan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Penerima perlu menukar nombor Pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor Pin baharu.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
- Pembayaran menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
- Resit bayaran akan diberikan untuk semakan transaksi pembelian.
*NOTA : Pembelian dengan Bantuan MyKasih hendaklah tidak melebihi jumlah bantuan serta perlulah mengikut barangan produk yang dibenarkan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.