CARA SEMAKAN SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK
Golongan penerima Bantuan SARA telah diperluaskan merangkumi isi rumah, warga emas dan bujang yang berstatus miskin, miskin tegar dan asas bukan miskin. Kerajaan meluaskan agihan supaya lebih ramai rakyat yang dapat menikmati manfaat Bantuan SARA untuk sepanjang tahun 2025 ini.
Bagaimanakah cara semakan kelayakan penerima SARA? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di sini.
PENGENALAN SARA 2025
SARA atau rasminya adalah Sumbangan Asas Rahmah yang diperkenalkan sebagai bantuan tambahan bersasar yang disalurkan kepada rakyat berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) bagi membantu memenuhi keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan pendidikan.
CARA AGIHAN SARA 2025
Pada tahun 2025, Kerajaan telah menyelaraskan cara agihan Bantuan SARA kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, yang mana Bantuan SARA akan diagihkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan.
TARIKH AGIHAN SARA 2025
Agihan Bantuan SARA telah mula dilaksanakan sejak 15 Januari 2025, 1 Februari 2025 dan 1 Mac 2025 hanya kepada 700,000 penerima sedia ada. Namun, kini agihan terbaru kepada 5.4 juta adalah bermula pada 1 April 2025 (Selasa) melalui pengkreditan terus ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima.
NILAI BANTUAN SARA 2025
Nilai Bantuan SARA yang akan diagihkan pada tahun 2025 kepada 5.4 juta penerima adalah sebanyak berikut :
- 700,000 ribu penerima sedia ada :
KATEGORI PENERIMA | NILAI BANTUAN SARA SETIAP BULAN | NILAI BANTUAN SARA SETAHUN |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 / RM200 | RM2,100 |
WARGA EMAS (Tiada pasangan) | RM100 / RM150 | RM1,650 |
BUJANG | RM50 | RM600 |
- 4.7 juta penerima baharu :
KATEGORI PENERIMA | NILAI BANTUAN SARA SETIAP BULAN | NILAI BANTUAN SARA SETAHUN |
---|---|---|
ISI RUMAH | RM100 | RM900 |
WARGA EMAS (Tiada Pasangan) | RM50 | RM450 |
BUJANG | – | – |
CARA SEMAKAN SARA 2025
Ikuti cara semakan kelayakan penerima SARA seperti panduan berikut :
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.