SUMBANGAN TUNAI RAHMAH SEMAKAN FASA 2 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH SEMAKAN FASA 2 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Seluruh umat Islam bakal menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi. Oleh itu, Kerajaan telah bersetuju untuk mula menyalurkan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bagi membantu meringankan bebanan rakyat dalam membuat persiapan perayaan Aidilfitri.

Bagaimanakah Sumbangan Tunai Rahmah semakan Fasa 2? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 2 TERKINI : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SYARAT PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Penerimaan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 khas untuk yang memenuhi syarat-syarat berikut :

  1. Isi Rumah :
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas :
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang :
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH SEMAKAN FASA 2 2025

Ikuti panduan semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Setiap kategori akan menerima jumlah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah B40 : RM150 hingga RM650 (tertakluk jumlah anak).
    • Isi Rumah M40 : RM100 hingga RM300 (tertakluk jumlah anak).
  • KATEGORI WARGA EMAS :
    • Warga Emas Tiada Pasangan : RM150.
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang : RM150.

TARIKH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah secara berperingkat bermula pada 24 Mac 2025 (Isnin) sehingga 27 Mac 2025 (Khamis) sebelum pada perayaan Aidilfitri supaya rakyat yang kurang berkemampuan dapat membuat persiapan perayaan yang bakal menjelang.

KAEDAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Bagi memudahkan rakyat menerima bantuan, kerajaan akan membayar Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 melalui kaedah berikut :

  • Secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima :
    • Tiada maklumat akaun bank; dan
    • Status ‘Gagal Kredit’.
  • Secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

Leave a Comment