SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Kerajaan Madani meningkatkan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2025 sebanyak 30% iaitu dengan kadar peruntukan tertinggi dalam sejarah bagi membantu golongan memerlukan dalam mengharungi beban kos sara hidup.

Bagaimanakah semakan status sumbangan tunai rahmah fasa 2 2025? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS STR FASA 2 2025 : SEMAK LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CHECK STATUS SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

TARIKH PELAKSANAAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:

FASA STRTARIKH PEMBAYARAN
Fasa 2Pembayaran STR Fasa 2 akan diagihkan secara berperingkat bermula 24 Mac 2025 (Isnin)

JUMLAH SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah
berpendapatan
RM 2500 kebawah
RM 150 hingga RM 650
(mengikut kelayakan penerima)
Isi rumah
berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
RM 100 hingga RM 300
(mengikut kelayakan penerima)
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan
RM 5000 dan kebawah
RM 150
Bujang
berpendapatan
RM 2500 dan kebawah
RM 150

KAEDAH PENYALURAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
BANTUAN STR
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
Penerima Tiada Akaun Bank
atau
Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf

Leave a Comment