JADUAL BAYARAN FASA 2 STR 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

JADUAL BAYARAN FASA 2 STR 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

Lazimnya, pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibuat secara berperingkat melalui empat (4) fasa bagi sepanjang tahun dan rakyat Malaysia yang memenuhi kelayakan akan menerima bayaran mengikut jadual yang ditetapkan, begitu juga untuk jadual fasa kedua (2).

Bilakah jadual bayaran fasa 2 STR? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR FASA 2 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN

JENIS PENERIMAAN BAYARAN FASA 2 STR 2025

Terdapat dua (2) jenis penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :

  1. Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun bank penerima; atau
  2. Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima :
    • Tiada maklumat akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’.

JADUAL BAYARAN FASA 2 STR 2025

Menurut sumber daripada pihak perbankan telah menyatakan bahawa bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 bakal dilaksanakan secara berperingkat mengikut jadual seperti berikut :

JENIS PENERIMAANTARIKH BAYARAN
Tunai di Kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
Mulai 24 Mac 2025
Kredit ke dalam akaun
bank penerima / pasangan
24 Mac hingga 27 Mac 2025

*Tarikh di atas adalah belum sahih yang pihak Kerajaan / Kementerian Kewangan (MOF) akan mengumumkannya secara rasmi dari semasa ke semasa dan pihak kami akan mengemaskini semula jadual di atas.

JUMLAH BAYARAN FASA 2 STR 2025

Jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah dianggarkan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR
FASA 2
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah RM2,500)
RM150 hingga RM650
(Bergantung bilangan anak)
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
RM100 hingga RM300
(Bergantung bilangan anak)
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM150
BujangRM150
*Nota : Untuk mengetahui jumlah bayaran Fasa 2 yang tepat, penerima perlu membuat semakan di portal rasmi STR.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN FASA 2 STR 2025

Untuk semakan status kelayakan sebagai penerima bayaran Fasa 2, semakan hanya boleh dilakukan melalui pautan portal rasmi STR di bawah :

Ikuti panduan cara semakan status sebagai penerima bayaran Fasa 2 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.

Leave a Comment