PENGELUARAN KWSP BILA BILA MASA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK (RM50 PALING KURANG)
Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menstruktur semula akaun KWSP dengan menambah akaun 3 (Fleksibel) sebagai akaun yang membolehkan ahli / individu untuk membuat pengeluaran wang simpanan pada bila-bila masa sahaja.
Bagaimanakah cara pengeluaran KWSP bila-bila masa? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH MASUK BANTUAN STR FASA 2 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
JENIS AKAUN KWSP YANG BOLEH MEMBUAT PENGELUARAN BILA BILA MASA 2025
Akaun simpanan KWSP yang membolehkan ahli membuat pengeluaran pada bila-bila masa adalah akaun Fleksibel (akaun 3) bagi keperluan kewangan jangka masa pendek dan untuk keperluan kecemasan sahaja.
SYARAT PENGELUARAN KWSP BILA BILA MASA 2025
Hanya individu / ahli yang memenuhi syarat-syarat berikut dibenarkan untuk membuat pengeluaran wang simpanan pada bila-bila masa :
- Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara;
- Belum mencapai umur 55 tahun;
- Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel (Akaun 3);
- Pengeluaran pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50.
KAEDAH PENGELUARAN KWSP BILA-BILA MASA 2025
Terdapat dua (2) kaedah pengeluaran wang simpanan KWSP pada bila-bila masa adalah :
- Secara atas talian (online) melalui aplikasi i-Akaun / Portal Rasmi KWSP i-Akaun; atau
- Secara manual di kaunter cawangan KWSP seluruh Malaysia bagi ahli Bukan Warganegara Malaysia yang tidak boleh mengakses aplikasi i-Akaun.
PANDUAN PENGELUARAN KWSP BILA BILA MASA 2025
Ikuti panduan cara pengeluaran wang simpanan KWSP secara online seperti berikut :
- Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun.
- Pilih menu [Pengeluaran].
- Seterusnya, klik pada [Keluarkan Simpanan Anda].
- Pilih [Akaun Fleksibel].
- Klik pada butang [Keluar Sekarang].
- Masukkan jumlah pengeluaran mengikut yang anda layak dan klik [Teruskan].
- Kemaskini maklumat akaun bank anda.
- Kemudian, klik butang [Teruskan].
- Sekiranya anda bersetujut dengan ‘Perakuan Ahli’, klik butang [Terima].
- Nombor TAC akan dihantar, masukkan dengan tepat.
- ‘Permohonan anda berjaya dihantar’ akan dipaparkan.
- Selesai.
*Nota : Setelah diluluskan, duit akan dikreditkan ke dalam akaun anda selama tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Pengeluaran KWSP, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000 (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
- Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.