EKASIH 2025 : PERMOHONAN, SEMAKAN STATUS, LOGIN
Untuk makluman anda, terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan dalam menangani isu kemiskinan di Malaysia, termasuklah dengan memperkenalkan sistem eKasih bagi membantu, merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Melalui pendaftaran eKasih, pemohon yang lulus akan berpeluang untuk mendapatkan pelbagai bentuk inisiatif bantuan tambahan kerajaan terutamanya bantuan dari segi ekonomi.
Antara bantuan yang layak diperoleh melalui pendaftaran eKasih adalah bantuan MyKasih/SARA dimana kategori penerima bantuan ini adalah mereka yang berstatus miskin/miskin tegar yang tercatat dalam pangkalan data eKasih.
Bagaimanakah permohonanan dan semakan status eKasih 2025 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF 2024 (RM300/RM150)
APA ITU EKASIH 2025
Sistem eKasih merupakan pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional untuk membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Data eKasih ini akan digunakan oleh kementerian atau agensi untuk memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.
Dengan pendaftaran eKasih, pelbagai bantuan tunai tambahan akan diterima oleh pendaftar yang berstatus lulus. Antara bantuan yang disediakan adalah bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) / MyKasih, dimana syarat kelayakan permohonan yang ditetapkan adalah terdiri daripada kumpulan miskin dan miskin tegar eKasih seperti yang tercatat dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).
Bantuan MyKasih/SARA ini akan disalurkan kepada golongan Miskin Tegar yang berdaftar di eKasih. Oleh itu pemohon hendaklah terlebih dahulu berdaftar dengan eKasih (golongan miskin), bagi menikmati pelbagai inisiatif bantuan kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN EKASIH 2025
Kategori kelayakan pendafaran eKasih seperti berikut:
- Warganegara Malaysia.
- Golongan yang berpendapatan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan oleh Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
- Golongan yang tidak berada dalam kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri.
Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
SENARAI MAKLUMAT PERMOHONAN EKASIH
Berikut merupakan senarai maklumat yang perlu dilengkapkan untuk daftar eKasih :
- Butiran Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR);
- Lokasi Kediaman;
- Tahap Pendidikan;
- Kemahiran dan pekerjaan;
- Harta;
- Kesihatan;
- Bantuan dan pendapatan.
PERMOHONAN EKASIH 2025
Bantuan seperti SARA/MyKasih perlulah berdaftar eKasih.
Panduan lengkap Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Selesai.
Panduan lengkap permohonan SARA/MyKasih 2025 secara online adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
• Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
• Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
• Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan. - Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
KEDAH PERMOHONAN EKASIH
Berikut merupakah kaedah yang boleh dilakukan individu atau orang awam untuk pendaftaran eKasih:
- Hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) yang berdekatan untuk mendaftar permohonan, atau;
- Mendaftar melalui Pemimpin Tempatan/ Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK)/ Majlis Perwakilan Penduduk (MPP), atau;
- Membuat permohonan melalui talian mengikut negeri masing-masing:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
SEMAKAN EKASIH ONLINE
Sekiranya telah mendaftar permohonan eKasih, pemohon boleh menyemak status secara online seperti berikut:
- Layari Portal Pembasmian Kemiskinan eKasih di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/CarianAwam/Pages/default.aspx. - Masukkan No. Kad Pengenalan.
- Kemudian, klik butang [Carian].
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan MyKasih/SARA 2025 dalam tempoh 12 bulan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (PENERIMA STR) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 | RM 900 |
Warga emas tanpa pasangan | RM 1200 | RM 450 |
Bujang | RM 600 | – |
TARIKH BAYARAN
Bayaran bantuan Mykasih/SARA bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025. Manakala, bagi kategori penerima berstatus miskin dan miskin tegar eKasih akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak Kementerian Kewangan, sila hubungi talian bantuan STR/SARA MOF di 03-8882 4565/4566.