SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH (FASA 3 2024)

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH (FASA 3 2024)

Terkini! Duit Bantuan Tunai Rahmah telah mula diagihkan. Fasa 1dan Fasa 2 telah dikreditkan kepada penerima pada bulan Januari dan April lepas. Sekarang tiba giliran bayaran bagi Fasa 3. Pemohon yang layak menerima wang STR akan diberitahu status bayaran secara online.

Penerima akan menerima wang STR melalui dua (2) kaedah iaitu:

  • Penerima yang ada akaun, Pengkreditan ke akaun bank Pemohon/Pasangan
  • Penerima yang tiada akaun bank, boleh lakukan penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bagaimanakah semakan Bantuan Tunai Rahmah? Ikuti penjelasan di sini.

BACA JUGA : KADAR TOL PLUS (SEMAK HARGA TERKINI)

SEMAKAN TARIKH BANTUAN STR

Penerima boleh mula semak tarikh rasmi pengkreditan duit Bantuan Tunai Rahmah Fasa 3 bermula pada Ogos 2024 ini.

SEMAKAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Setelah membuat permohonan Bantuan Tunai Rahmah, pemohon boleh menyemak status bantuan ini sama ada lulus permohonan atau tidak. Pemohon boleh mengikut langkah di bawah untuk login portal STR dan membuat semakan.

  1. Sila tekan link Rasmi Log Masuk STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Pengguna akan di bawa ke Laman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kiri di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No MyKad].
  5. Klik butang [Log Masuk].
  6. Anda akan di bawa ke Halaman SEMAK STATUS.
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Tekan [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password.
  10. Klik [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • Tarikh Kredit
    • No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • Nama Penerima
    • Fasa Pembayaran
    • Jumlah Dikredit
    • Status Kredit
    • Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pengkreditan akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS.
  16. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan adalah dirujuk daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Sebarang kekeliruan atau pertanyaan lanjut, sila rujuk :

Leave a Comment