SEMAKAN BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih kini memasuki bulan keenam iaitu Jun, di mana individu yang memenuhi syarat kelayakan dan penerima sedia ada akan menerima bantuan ini secara automatik.
Bagaimanakah semak status layak atau tidak mykasih sara jun 2025? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: TARIKH TERIMA BANTUAN STR 2025 FASA 3 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
APA ITU SARA MYKASIH
Bantuan SARA MyKasih merupakan bantuan kerajaan Madani, dimana ianya akan diberikan secara tanpa tunai dan dibayar terus kedalam mykad penerima. Bantuan ini diberikan untuk kegunaan membeli barangan keperluan asas di pasar raya atau kedai runcit yang berdafar.
Sumbangan ini diberikan kepada kesemua penerima bantuan STR 2025, dimana mereka yang BUKAN daripada kumpulan miskin dan miskin tegar juga akan turut menerima bantuan ini.Kadar bantuan yang disediakan adalah mengikut kategori kelayakan individu.
SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH
Anda boleh rujuk status syarat kelayakan bantuan sara mykasih seperti berikut:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Berstatus kumpulan miskin dan miskin tegar mengikut data ekasih; atau
- Bestatus sederhana.
- Kategori Isi rumah, Warga Emas dan Bujang.
CARA PERMOHONAN BANTUAN
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih ini tidak perlu membuat permohonan. Hal ini kerana, ianya adalah bantuan tambahan yang diberikan oleh pihak kerajaan Madani kepada penerima STR yang bukan miskin dan miskin tegar. Bermaksud kesemua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara automatik akan terima bantuan SARA ini sekiranya semakan status adalah lulus.
TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH
Berdasarkan siaran media pihak kerajaan, bantuan ini akan dibayar bermula pada Jun 2025kepada 9 juta penerima STR yang bukan daripada kumpulan miskin dan miskin tegar.
Kaedah bantuan ini akan disalurkan terus kedalam MyKad individu dan boleh di semak melalui laman rasmi atau aplikasi mykasih.
SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARA
Kadar bayaran adalah mengikut kategori yang telah ditetapkan seperti dibawah:
KATEGORI PENERIMA STR BUKAN MISKIN DAN MISKIN TEGAR | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah | RM 900 |
Warga emas tanpa pasangan | RM 450 |
Bujang | Tidak Layak |
SEMAKAN BAYARAN SARA ONE OFF
Penerima yang layak menerima bantuan dalam mykad adalah mereka yang lulus dan penerima bantuan STR (berstatus lulus). Anda boleh membuat semakan menerusi portal rasmi mykasih, dan status kelayakan akan dipaparkan..
Panduan lengkap Semakan Status Sumbangan Asas Rahmah MyKasih seperti berikut:
- Sila tekan link semakan di sini
https://bantuantunai.hasil.gov.my/ - Isikan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- Frasa keselamatan pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Klik butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status bayaran [Sumbangan Asas Rahmah] akan dipaparkan “Lulus”
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]
Bagaimana ingin memohon
Cik Sye tk dapat MCN mne ye 23 tk dapat duik pemuda
Saya tidak blh log in
Tolong semak nama AZUAN BIN AZLAN
bayaran one /off ni setiap bulan atau sekali setahun
Sekali sahaja bulan Disember ini pembayaran akan dilakukan.