TARIKH STR 2026 DIBAYAR : PEMOHON YANG BERSTATUS LAYAK BAKAL TERIMA BAYARAN KETIKA FASA 1 – CEK KELAYAKAN SEKARANG
Pemohon-pemohon sedia ada yang kemaskini permohonan atau pemohon baharu yang kemukakan permohonan baru perlu mengetahui status kelayakan sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 pada tarikh-tarikh yang ditetapkan.
Bagaimanakah cara cek kelayakan pemohon & tarikh STR dibayar? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH AKHIR BANTUAN SARA 2025 : SEMAK TARIKH TAMAT TEMPOH BOLEH BELI BARANG DAPUR GUNA MYKASIH
JUMLAH STR 2026 DIBAYAR
Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) akan dibayar kepada setiap penerima sebanyak jumlah :
- Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) :
| BIL. ANAK | JUMLAH STR 2026 | JUMLAH FASA 1 |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM150 |
| 1-2 orang | RM1,200 | RM300 |
| 3-4 orang | RM1,700 | RM450 |
| 5 orang / lebih | RM2,200 | RM500 |
- Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) :
| BIL. ANAK | JUMLAH STR 2026 | JUMLAH FASA 1 |
|---|---|---|
| Tiada | RM200 | RM50 |
| 1-2 orang | RM450 | RM100 |
| 3-4 orang | RM700 | RM150 |
| 5 orang / lebih | RM950 | RM250 |
- Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan Bawah RM5,000) :
| BIL. ANAK | JUMLAH STR 2026 | JUMLAH FASA 1 |
|---|---|---|
| Tiada yang tepati syarat | RM600 | RM150 |
- Bujang / Balu / Duda / Janda Tiada Anak (Pendapatan Bawah RM2,500) :
| BIL. ANAK | JUMLAH STR 2026 | JUMLAH FASA 1 |
|---|---|---|
| Tiada | – | – |
TARIKH STR 2026 DIBAYAR
Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 akan dibayar pada :
- Fasa 1 – Dijangka dibayar pada Januari / Februari 2026.
- Fasa 2 – Dijangka dibayar pada Mac / April 2026.
- Fasa 3 – Dijangka dibayar pada Ogos 2026.
- Fasa 4 – Dijangka dibayar pada November 2026.
*Namun, tarikh-tarikh di atas akan berubah mengikut pindaan dari semasa ke semasa mengikut Kementerian Kewangan (MOF).
SEMAK STATUS STR 2026
Rujuk panduan lengkap cara semak status sebagai penerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang rasmi seperti berikut :
- Sila klik pada pautan laman web rasmi STR di sini – https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama STR, klik butang [Log Masuk].
- Klik butang [Log Masuk Dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun / atau
- Masukkan ‘No. Kad Pengenalan’ pada ruang yang disediakan.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan nama pemohon.
- Klik butang [Ya] jika ianya betul.
- Masukkan ‘Kata Laluan’ yang sah berdasarkan yang didaftarkan.
- Klik pula butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk ketahui status, klik [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima STR akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA STR 2026 DIBAYAR
Terdapat dua (2) cara Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dibayar kepada penerima :
- Pembayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima :
- Yang tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan atau penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akses bank.
- Pembayaran secara kredit terus ke dalam akaun bank kepada penerima :
- Yang mempunyai akaun bank aktif atas nama sendiri / pasangan serta melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan.
INFO LANJUT STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]