TARIKH STR 2025 (FASA 3) : SEMAKAN STATUS SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dilaksanakan secara berperingkat bagi membantu meringankan kos sara hidup rakyat dari semasa dan semasa. Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar mengikut empat (4) fasa dan dua (2) darinya telah selesai dilaksanakan, kini bayaran untuk fasa ketiga (3) akan dilaksanakan.
Bagaimanakah semakan tarikh dan status penerima STR? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK MYKASIH ONLINE TERKINI : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
TARIKH STR 2025
Pembayaran Bantuan STR bagi 2025 mengikut tarikh seperti jadual berikut :
PELAKSANAAN FASA | TARIKH BAYARAN STR |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari hingga 28 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac hingga 27 Mac 2025 |
Fasa 3 | Akhir Julai hingga Ogos 2025 (Jangkaan) |
Fasa 4 | November 2025 |
JUMLAH STR 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan STR bagi tahun 2025 :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah B40 | RM1,000 (0 anak) RM1,500 (1-2 anak) RM2,000 (3-4 anak) RM2,500 (5 anak ke atas) |
Isi Rumah M40 | RM500 (0 anak) RM750 (1-2 anak) RM1,000 (3-4 anak) RM1,250 (5 anak ke atas) |
Warga Emas | RM600 |
Bujang | RM600 |
MEDIUM PENERIMAAN STR 2025
Terdapat dua (2) medium bayaran penerimaan bayaran STR, iaitu :
- Tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada :
- Penerima tiada akaun bank; atau
- Status ‘Gagal Kredit‘.
- Kredit terus ‘Fund Transfer IBG’ ke dalam akaun bank penerima / pasangan (mengikut nombor akaun yang didaftarkan).
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR 2025
Status penerima dan maklumat bayaran STR Fasa 3 boleh disemak seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.