TARIKH SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 1 2026 : YANG LAYAK SEBAGAI PENERIMA BANTUAN AKAN MENERIMA BAYARAN
Hanya penerima sedia ada yang membuat kemaskini atau pemohon baharu yang mengemukakan permohonan sebelum pada 28 November 2025 sahaja akan diproses dan disahkan layak (berdasarkan syarat) sahaja akan terima bayaran Bantuan STR untuk Fasa 1 bagi tahun 2026.
Bilakah tarikh semakan status Bantuan STR Fasa 1 2026? Baca maklumat lebih lanjut di bawah.
NILAI BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026
Berdasarkan kategori penerima dan kelayakan, bayaran Bantuan STR untuk Fasa 1 bagi tahun 2026 adalah sebanyak nilai berikut :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM150 hingga RM500 *tertakluk jumlah anak* |
| Isi Rumah M40 | RM50 hingga RM250 *tertakluk jumlah anak* |
| Warga Emas | RM150 |
| Bujang | – |
JADUAL BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026
Pembayaran Bantuan STR untuk Fasa 1 bagi tahun 2026 akan dilaksanakan berperingkat kepada penerima sedia ada dan penerima baharu mengikut jadual berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada | Januari – Februari 2026 *akan dikemaskini semula mengikut tarikh yang akan diumumkan* |
| Penerima Baharu | Januari – Februari 2026 *akan dikemaskini semula mengikut tarikh yang akan diumumkan* |
KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026
Bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) hanya akan dilaksanakan secara tunai sahaja sama ada bayaran di bank atau dikreditkan dalam bank seperti berikut :
| BAYARAN TUNAI DI BANK | PENGKREDITAN TUNAI DALAM BANK |
|---|---|
| Pembayaran tunai hanya di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja akan diberikan kepada penerima yang tidak memasukkan nombor akaun bank semasa permohonan | Pengkreditan tunai terus ke dalam akaun bank penerima akan dilakukan kepada penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif serta memasukkan nombor akaun dalam permohonan |
TARIKH SEMAKAN STATUS BANTUAN STR FASA 1 2026
Semakan status Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja kerana Portal Rasmi MySTR sentiasa dibuka untuk pelbagai urusan. Namun, untuk mengetahui status kelayakan Fasa 1 2026, pemohon perlu membuat semakan secara berkala dari semasa ke semasa.
*Tarikh semakan status untuk tahu layak atau tidak Fasa 1 akan diumumkan secara rasmi nanti.
CARA SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR 2026
Semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) boleh dilakukan secara dalam talian (online) mengikut panduan seperti berikut :
- Layari pautan Portal Rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Pada halaman utama MySTR, klik butang [Log Masuk].
- Masukkan ‘No. Kad Pengenalan’ pada ruang kosong tersebut.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Jika ianya betul, klik butang [Ya].
- Masukkan ‘Kata Laluan’ pengguna dengan tepat.
- Kemudian, klik butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Klik pula pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT BANTUAN STR
Pihak kami hanya menulis maklumat berkaitan Bantuan STR yang dirujuk berdasarkan Portal Rasmi MySTR. Untuk maklumat lebih lanjut, pihak tuan / puan boleh buat rujukan melalui pihak berwajib seperti :
- Kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); atau
- Hubungi Talian Rasmi STR 03 8882 4565 / 03 8882 4566; atau
- Emelkan ke [email protected]