TARIKH PEMBAYARAN STR MASUK : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Hampir sembilan (9) juta rakyat dewasa yang terdiri daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan pendapatan sederhana (M40) layak untuk menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang mana fasa ketiga (3) akan dibayar tidak lama lagi.
Bagaimanakah tarikh pembayaran STR masuk? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PROGRAM SENTUHAN KASIH RAKYAT : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA FASA 2 2025 SEKARANG
TARIKH PEMBAYARAN STR MASUK
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar berperingkat selama empat (4) fasa mengikut tarikh seperti berikut :
- Fasa 1 : 22 Januari hingga 28 Januari 2025.
- Fasa 2 : 24 Mac hingga 27 Mac 2025.
- Fasa 3 : Akhir Julai hingga Ogos 2025 (akan dikemaskini).
- Fasa 4 : November 2025 (akan dikemaskini).
KAEDAH PEMBAYARAN STR MASUK
Kerajaan menyediakan kaedah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima seperti berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
JUMLAH PEMBAYARAN STR MASUK
Jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 akan dimasukkan sebanyak berikut :
- Isi Rumah B40 :
- RM150 hingga RM650 (mengikut bilangan anak).
- Isi Rumah M40 :
- RM100 hingga RM300 (mengikut bilangan anak).
- Warga Emas :
- RM150
- Bujang :
- RM150.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR
Bagi yang ingin mengetahui status sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.