TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN

Pastinya ramai antara pemohon yang tidak sabar menunggu bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 masuk. Oleh itu, setiap pemohon perlu sentiasa peka terhadap status kelayakan dan makluman tarikh pembayaran dari semasa ke semasa.

Bagaimanakah cara semakan status kelayakan dan bilakah tarikh pembayaran STR Fasa 4? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di sini.

BACA JUGA : CARA SEMAKAN MYKASIH 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4 2026

Walaupun pihak Kementerian Kewangan (MOF) belum mengumumkan tarikh pembayaran Bantuan STR Fasa 4, namun bayaran dijangka akan dilaksanakan sebelum perayaan Deepavali iaitu dalam bulan Oktober hingga November.

FASA BAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Fasa 4Oktober – November 2026
*Nota : Jadual tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 4 akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi.

PLATFORM PEMBAYARAN STR FASA 4 2026

Keadaan penerima adalah penentu platform bayaran Bantuan STR Fasa 4 yang akan diterima :

PLATFORM PEMBAYARANKEADAAN PENERIMA
Pembayaran secara penunaian di
kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
Penerima yang tiada akaun bank,
dan
penerima yang status ‘Gagal Kredit’
Pembayaran secara pengkreditan
ke dalam akaun bank
Penerima yang mempunyai akaun
bank atas nama sendiri

JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 4 2026

Berikut adalah anggaran jumlah pembayaran Bantuan STR Fasa 4 yang ditetapkan mengikut kategori dan kelayakan penerima dari kategori isi rumah B40, isi rumah M40 dan warga emas yang tiada pasangan :

KATEGORI & KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH PEMBAYARAN
STR FASA 4
Isi Rumah B40
(Tiada anak)
RM150
Isi Rumah B40
(1 – 2 anak)
RM300
Isi Rumah B40
(3 – 4 anak)
RM400
Isi Rumah B40
(Lebih 5 anak)
RM500
Isi Rumah M40
(Tiada anak)
–
Isi Rumah M40
(1 – 2 anak)
RM100
Isi Rumah M40
(3 – 4 anak)
RM150
Isi Rumah M40
(Lebih 5 anak)
RM250
Warga Emas
Tiada Pasangan
(Tiada anak)
RM150

SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN STR FASA 4 2026

Untuk mengetahui status kelulusan dan perincian bayaran Bantuan STR Fasa 4, anda boleh membuat semakan status secara terus di laman web rasmi STR seperti panduan yang tertera di bawah :

  1. Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelulusan permohonan dan status pembayaran Bantuan STR Fasa 4 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

TALIAN BANTUAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

📞 Talian STR HASiL : 1800 88 2747
☎️ Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
💻 E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment