TARIKH PEMBAYARAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN FASA 1
Untuk menjadi penerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah), rakyat perlu memohon sehingga 28 November 2025 sahaja dan sekiranya layak, bayaran Fasa 1 akan diberikan dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan masing-masing.
Bilakah tarikh pembayaran STR dan bagaimanakah semakan status penerima? Baca info lebih lanjut dan ikuti cara semakan yang lengkap di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN IC RM1200 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA & CARA MEMOHON
MEDIUM PEMBAYARAN STR 2026
Medium bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masih dikekalkan dengan cara yang sama supaya semua penerima yang mempunyai akaun bank atau tidak mempunyai akaun bank dapat menerima bayaran dengan mudah.
| JENIS PENERIMA | MEDIUM PEMBAYARAN |
|---|---|
| Penerima Mempunyai Akaun Bank | Dibayar secara tunai melalui sistem ‘IBG Fund Transfer’ terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan (berdasarkan nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan |
| Penerima Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Dibayar secara tunai terus di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat dengan penerima |
TARIKH PEMBAYARAN STR 2026
Pihak Kementerian Kewangan (MOF) akan menyatakan tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi setiap Fasa 1, 2, 3 dan 4 dari semasa ke semasa. Lazimnya bayaran akan dilakukan sebelum hari perayaan-perayaan yang besar.
| PERINGKAT FASA | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | Akan dikemaskini |
| Fasa 2 | Akan dikemaskini |
| Fasa 3 | Akan dikemaskini |
| Fasa 4 | Akan dikemaskini |
JUMLAH PEMBAYARAN STR 2026
Setiap kategori akan terima jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bersama bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sepadan dengan kelayakan dan bilangan tanggungan.
- Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
| BILANGAN TANGGUNGAN | JUMLAH BAYARAN STR | JUMLAH BAYARAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM1,200 (penerima biasa) atau RM2,400 (penerima eKasih) |
| 1 – 2 orang | RM1,200 | RM1,200 (penerima biasa) atau RM2,400 (penerima eKasih) |
| 3 – 4 orang | RM1,700 | RM1,200 (penerima biasa) atau RM2,400 (penerima eKasih) |
| >5 orang | RM2,200 | RM1,200 (penerima biasa) atau RM2,400 (penerima eKasih) |
- Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40) :
| BILANGAN TANGGUNGAN | JUMLAH BAYARAN STR | JUMLAH BAYARAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM200 | RM1,200 |
| 1 – 2 orang | RM450 | RM1,200 |
| 3 – 4 orang | RM700 | RM1,200 |
| >5 orang | RM950 | RM1,200 |
- Wargas Emas Tiada Pasangan Dengan Pendapatan Bawah RM5,000 :
| BILANGAN TANGGUNGAN | JUMLAH BAYARAN STR | JUMLAH BAYARAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM600 | RM600 (penerima biasa) atau RM1,800 (penerima eKasih) |
- Bujang / Balu / Duda / Janda Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 :
| BILANGAN TANGGUNGAN | JUMLAH BAYARAN STR | JUMLAH BAYARAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM600 (penerima biasa) atau RM1,200 (penerima eKasih) |
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR 2026
Sekiranya anda telah memohon Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), anda boleh membuat semakan status untuk mengetahui sama ada anda layak atau tidak sebagai penerima bagi tahun 2026.
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
- Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Sekiranya anda telah mendaftar akaun baharu, sila klik butang [Log Masuk].
- Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] pada ruang yang disediakan.
- *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
- Klik terus pada butang [Semak] di bawah.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan dengan nama penuh pemohon.
- Jika ianya betul, sila klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] yang betul pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan STR 2026 akan dipaparkan :
- “Permohonan Dalam Proses” atau “Permohonan Diterima” atau “Lulus” atau “Tidak Layak”.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]