TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 1

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 1

Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) merupakan sumbangan kewangan yang disalurkan kepada rakyat dewasa yang menetap di Malaysia bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi. Pihak Kerajaan sentiasa menaikkan kadar peruntukan supaya dapat lebih ramai rakyat Malaysia.

Bilakah pembayaran Bantuan STR & bagaimanakah cara semakan status penerima? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN DUIT BANTUAN MYKASIH FASA DISEMBER 2026 MULA DIKREDIT MASUK : SEMAK KELAYAKAN ADA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN

CARA PEMBAYARAN BANTUAN STR 2026

Terdapat dua (2) sahaja cara pembayaran Bantuan STR kepada penerima, iaitu bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA PEMBAYARAN BANTUAN STR
Penerima ada akaun bankDibayar melalui online banking terus
ke dalam akaun bank penerima
Penerima tiada akaun bank
atau
Penerima status
‘Gagal Kredit’
Dibayar secara tunai melalui kaunter
mana-mana cawangan Bank
Simpanan Nasional (BSN)

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2026

Pembayaran Bantuan STR dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa seperti jadual di bawah :

FASA-FASA
PELAKSANAAN
TARIKH PEMBAYARAN
BANTUAN STR
Fasa 1Januari / Februari 2026
Fasa 2Mac / April 2026
Fasa 3Ogos 2026
Fasa 4Oktober 2026
*Nota : Tarikh pembayaran Bantuan STR masih belum diumumkan secara rasmi. Oleh itu, pihak kami akan kemaskini maklumat di atas dari semasa ke semasa mengikut tarikh yang akan diumumkan oleh Kerajaan.

JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2026

Supaya Bantuan STR dapat diterima dengan adil, Kerajaan akan menyalurkan bayaran Bantuan STR dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan penerima :

  • Isi Rumah Pendapatan B40 (Bawah RM2,500) :
BIL.
ANAK
BANTUAN STRBANTAN SARA
(STR DAFTAR
EKASIH)
BANTUAN SARA
(STR BUKAN
EKASIH)
TiadaRM700RM2,400RM1,200
1 – 2 orangRM1,200RM2,400RM1,200
3 – 4 orangRM1,700RM2,400RM1,200
5 orang ke atasRM2,200RM2,400RM1,200
  • Isi Rumah Pendapatan M40 (RM2,501 hingga RM5,000) :
BIL.
ANAK
BANTUAN STRBANTUAN SARA
TiadaRM200RM1,200
1 – 2 orangRM450RM1,200
3 – 4 orangRM700RM1,200
5 orang ke atasRM950RM1,200
  • Warga Emas Tiada Pasangan (B40 dan M40) :
BIL.
ANAK
BANTUAN STRBANTUAN SARA
(STR DAFTAR
EKASIH)
BANTUAN SARA
(STR BUKAN
EKASIH)
Tiada yang menepati
syarat
RM600RM1,800RM600
  • Bujang / Balu / Duda / Janda Tiada Anak (B40) :
BIL.
ANAK
BANTUAN STRBANTUAN SARA
(STR DAFTAR
EKASIH)
BANTUAN SARA
(STR BUKAN
EKASIH)
TiadaTiadaRM1,200RM600

SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR 2026

Untuk ketahui status sama ada layak atau tidak sebagai penerima Bantuan STR, ikuti cara semakan yang lengkap di bawah :

  1. Sila layari pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke dashboard permohonan.
  4. Isikan ruangan yang disediakan dengan ‘No. Kad Pengenalan’.
    • *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-) contoh : 880230113456.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Semak].
  6. Untuk pengesahan, ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Kemudian, masukkan [Kata Laluan] mengikut yang diciptakan.
  9. Klik terus pada butang [Log Masuk].
  10. Dashboard pemohon STR akan dipaparkan.
  11. Untuk ketahui status, sila klik [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan STR akan dipaparka.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT BANTUAN STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Rasmi STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian Rasmi STR MOF : 03 8882 4565 / 4566
  • Emel Rasmi STR : [email protected]

Leave a Comment