TARIKH MOHON STR 2027 – ONLINE & MANUAL
Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara atas talian (online) dan manual melalui borang permohonan telah dibuka kepada 9 juta rakyat Malaysia memenuhi kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bayaran bagi tahun 2027.
Bilakah tarikh mohon STR 2027 secara online dan manual? Rujuk panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN STR ISI RUMAH 2027 – PANDUAN LENGKAP
TARIKH MOHON STR 2027
Berikut merupakan tarikh permohonan STR untuk penerimaan bayaran Fasa 1 2027 :
- 📝 Tarikh Permohonan Secara Manual : Bermula 1 Oktober 2026 (Khamis).
- 💻 Tarikh Permohonan Secara Online : Bermula 15 Oktober 2026 (Khamis).
*Permohonan akan dibuka sepanjang tahun untuk penerimaan bayaran fasa seterusnya.
KRITERIA KELAYAKAN STR 2027
Hanya mereka yang memenuhi kriteria kelayakan sahaja boleh mohon Bantuan STR. Berikut merupakan kriteria-kriteria yang ditetapkan :
| KELAYAKAN | KATEGORI ISI RUMAH | KATEGORI WARGA EMAS | KATEGORI BUJANG |
|---|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had | 60 tahun & ke atas | 21 hingga 59 tahun |
| Status Kahwin | Kahwin (ada / tiada anak) atau Balu / Cerai (ada anak) | Bujang / Balu / Cerai (tiada anak masih tanggungan) | Bujang / Balu / Cerai (tiada anak) |
| Pendapatan | Bawah RM5,000 | Bawah RM5,000 | Bawah RM2,500 |
CARA MOHON STR 2027 ONLINE
Bagi yang mempunyai akses internet serta tidak mempunyai masalah teknikal dalam portal MySTr, ikuti cara permohonan STR secara online di bawah :
- Layari laman Portal Rasmi MySTR di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama MySTR akan dipaparkan, klik pada [Permohonan Baharu].
- Pilih [Ya, Teruskan] bagi permohonan manual atau pilih [Permohonan Baharu dengan MyDigital ID] bagi pemohon yang ada akaun MyDigital ID.
- Isikan maklumat diri pada ruangan yang disediakan dan yang bertanda * adalah mandatori diisi.
- Dengan memasukkan Nombor MyKad, maklumat diri pemohon akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data dari JPN.
- Masukkan juga maklumat pasangan dengan betul dan tepat.
- Lengkapkan juga maklumat waris yang terbaru.
- Kemudian, masukkan maklumat perbankan yang berstatus aktif (pastikan atas nama sendiri) bagi penerimaan bayaran setiap fasa (jika layak).
- Apabila selesai mengisi maklumat permohonan, klik butang [Hantar].
- “Permohonan berjaya dihantar” akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA MOHON STR 2027 MANUAL
Bagi yang tidak mempunyai akses internet atau mempunyai masalah teknikal dalam portal MySTR, boleh kemukakan permohonan STR secara manual seperti berikut :
- Hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) yang terdekat.
- Dapatkan borang permohonan STR di kaunter.
- Isi borang permohonan secara manual.
- Lengkapkan maklumat permohonan dengan betul dan tepat.
- Sertakan dokumen sokongan yang diperlukan dalam borang.
- Hantar borang permohonan mengikut kaunter yang dibuka.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.