STR 2027 BUJANG : CARA PERMOHONAN BAHARU

STR 2027 BUJANG : CARA PERMOHONAN BAHARU

Terkini! Ramai masih keliru mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk kategori bujang. Untuk makluman anda, STR Bujang diteruskan lagi untuk tahun 2027 dengan kaedah pelaksanaan yang sama seperti tahun sebelum ini bagi memastikan kebajikan dan keperluan golongan bujang terjaga.

Bagaimanakah cara permohonan baharu str bujang 2027? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga : REGISTER STR 2027 : PANDUAN LENGKAP CARA MOHON STR

PENGENALAN STR 2027 BUJANG

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang diteruskan lagi untuk tahun 2027, sama seperti tahun sebelum ini. Untuk makluman, setiap penerima sedia ada atau pemohon baharu yang LULUS STR, akan menerima pembayaran yang diganti melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Hal ini bermakna, hanya penerima yang LULUS STR sahaja akan menerima bayaran bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk pembelian barangan asas. Manakala, individu yang tidak lulus atau tidak membuat permohonan STR tidak akan menerima elaun bulanan SARA.

SYARAT KELAYAKAN STR BUJANG

Syarat dan kelayakan permohonan STR Bujang 2027, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Bujang; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak); dan
  • Berumur 21 sehingga 59 tahun; atau
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPTA / IPTS) sepenuh masa; dan
  • Pendapatan bulanan bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Info penting :

  • Pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) IPTA atau IPTS yang menuntut secara sepenuh masa (full-time) TIDAK LAYAK membuat PERMOHONAN STR BUJANG 2027.
  • Walau bagaimanapun, pelajar pengajian sambilan (part-time), separuh masa yang bekerja dan mempunyai pendapatan sendiri bawah RM2,500 adalah LAYAK untuk memohon.
  • Setiap individu Bujang yang lulus permohonan STR akan menerima bayaran yang digantikan melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

AMAUN STR 2027 BUJANG

Setiap pemohon yang LULUS dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Kategori Bujang, akan menerima pembayaran di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan secara bulanan, khusus untuk pembelian barangan asas melalui pengkreditan MyKad (Kad Pengenalan).

  • Jumlah bayaran STR (SARA) kategori bujang 2027 :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARANKAEDAH BAYARAN
Bujang

Berusia 21 tahun sehingga 59 tahun
OKU berusia 19 sehingga 59 tahun

RM50 Setiap Bulan
(Total RM600)

Bantuan STR Bujang digantikan melalui pemberian SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)
MyKad
  • Jadual Pembayaran STR Bujang 2027 :
BULAN BAYARANJUMLAH BAYARAN
JanuariRM50
FebruariRM50
MacRM50
AprilRM50
MeiRM50
JunRM50
JulaiRM50
OgosRM50
SeptemberRM50
OktoberRM50
NovemberRM50
DisemberRM50
TOTALRM600

Tarikh rasmi pengkreditan elaun bulanan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima akan dikemas kini dari semasa ke semasa

CARA PERMOHONAN STR 2027

Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan STR Bujang 2027, anda boleh membuat permohonan STR secara online di Portal Rasmi MySTR seperti langkah-langkah berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang (Permohonan Baharu) pada Laman Utama MySTR 2027.
  3. ⁠Klik butang (Teruskan Permohonan Baharu) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
  4. Halaman Permohonan Baru akan dipaparkan, dan Lengkapkan Maklumat Pemohon (ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi).
  5. Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
  6. Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
  7. Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
  8. Isikan Maklumat pemohon :
    • Nombor Telefon Bimbit Pemohon;
    • Pekerjaan;
    • Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
  9. ⁠Isikan Status Perkahwinan Pemohon :
    • Kahwin;
    • Cerai;
    • Kematian Pasangan;
    • Bujang
  10. ⁠Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
  11. ⁠Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
  12. ⁠Masukkan Nombor Akaun Bank.
  13. ⁠Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
  14. ⁠Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
    • Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
    • Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
  15. Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
  16. ⁠Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
  17. Muat naik dokumen Sokongan.
  18. Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
  19. Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
  20. Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
  21. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
  22. ⁠Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
  23. ⁠Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  24. Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
  25. ⁠Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
  26. ⁠Selesai.

BORANG PERMOHONAN STR BUJANG

Berikut merupakan borang permohonan STR 2027 (Borang BK-01) yang rasmi yang boleh didapatkan secara online di Portal MySTR atau muat turun (download) di bawah ini :

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQSistem

Leave a Comment