TARIKH MASUK BAYARAN STR : (FASA 3 2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

TARIKH MASUK BAYARAN STR : (FASA 3 2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG

Pelaksanaan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara lazimnya dilakukan pada musim perayaan atau musim cuti persekolahan supaya dapat meringankan bebanan kewangan rakyat yang terdiri dari golongan B40 dan M40.

Bagaimanakah semakan tarikh masuk bayaran STR? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN UPU : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG

TARIKH MASUK BAYARAN STR

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dijadualkan pada tarikh berikut :

FASA PELAKSANAANTARIKH BAYARAN STR
Pertama (1)22 Januari hingga 28 Januari 2025
Kedua (2)24 Mac hingga 27 Mac 2025
Ketiga (3)Akhir Julai hingga Ogos 2025
Keempat (4)November 2025
*Fasa 3 dan 4 akan dikemaskini kembali sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

JUMLAH MASUK BAYARAN STR

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bayar pada tahun ini sebanyak jumlah berikut :

Kategori Isi Rumah :

KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN STR
2025
Isi Rumah B40Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah M40Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250

Kategori Bujang :

KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN STR
2025
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
RM600
Bujang Umur
60 tahun dan ke atas
RM600

*Jumlah di atas akan dibayar secara berperingkat mengikut fasa dan penerima perlu menyemak jumlah yang akan diterima pada setiap fasa di Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

CARA MASUK BAYARAN STR

Berikut merupakan cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada penerima :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dikreditkan terus ke dalam akaun
bank penerima / pasangan mengikut nombor
akaun yang didaftarkan
Diberikan secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN) termasuk
Sabah dan Sarawak

SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR

Sila klik pada pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bawah untuk semakan status :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)https://bantuantunai.hasil.gov.my
  1. Makluman terkini akan dipaparkan pada laman utama portal.
  2. Klik [TUTUP] pada pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima Fasa 3 akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.

1 thought on “TARIKH MASUK BAYARAN STR : (FASA 3 2025) SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG”

Leave a Comment