TARIKH MASUK BANTUAN STR FASA 2 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Tentunya individu yang merupakan penerima sah Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menantikan bayaran fasa kedua (2) yang mana ianya dijangka akan dibayar secara berperingkat tidak lama lagi.
Bilakah tarikh masuk Bantuan STR Fasa 2 dan bagaimana cara semakan status penerima? Ikuti maklumat dan panduan di bawah.
BACA JUGA : PENGELUARAN KWSP ONLINE : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3
CARA BAYARAN MASUK BANTUAN STR FASA 2 2025
Cara pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) adalah masih sama seperti sebelum ini, iaitu bergantung kepada penerima seperti berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat seluruh Malaysia.
AMAUN BAYARAN MASUK BANTUAN STR FASA 2 2025
Setiap kategori akan menerima amaun bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berbeza seperti berikut :
KATEGORI PENERIMA | STR 2025 (KESELURUHAN) | FASA 1 | FASA 2 |
---|---|---|---|
Isi Rumah B40 (Pendapatan bawah RM2,500) | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | Semua : RM500 | RM150 – RM650 |
Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | RM150 – RM350 | RM100 – RM300 |
Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM600 | RM150 | RM150 |
Bujang | RM600 | RM150 | RM150 |
TARIKH MASUK BANTUAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) dijangka bermula sebelum perayaan Aidilfitri iaitu pada tarikh 24 Mac 2025 dan berperingkat. Namun bagaimanapun, pihak kerajaan masih belum mengumumkannya secara rasmi.
*NOTA : Tarikh di atas akan dikemaskini dari semasa ke semasa sekiranya terdapat perubahan daripada kerajaan.
WAKTU MASUK BANTUAN STR FASA 2 2025
Daripada tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diumumkan, bayaran masuk akan bermula pada waktu berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
*NOTA : Waktu bayaran masuk ke dalam akaun bank penerima adalah tidak menentu bahkan akan mengambil masa tiga (3) hingga ke lima (5) hari bekerja.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR FASA 2 2025
Untuk mengetahui status anda sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2), ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12-digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hubungi Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hubungi Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.
Harap dapat bantuan sumbangan tunai rahmah (STR) untuk membeli barang