TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN MENGIKUT KATEGORI
Bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini semakin menghampiri fasa terakhir iaitu Fasa Ke-4 yang akan dilaksanakan tidak lama lagi dan akan memanfaatkan seramai hampir 9 juta penerima dari pelbagai kategori seperti isi rumah, warga emas dan bujang yang layak.
Bagaimanakah cara semak status kelayakan dan tarikh bayaran STR Fasa 4 2026? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut dalam artikel ini.
BACA JUGA : CARA SEMAKAN MYKASIH 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2026
Bayaran Bantuan STR Fasa 4 akan dilaksanakan mengikut tarikh yang telah dijadualkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN | STATUS KREDIT |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 20 – 25 Januari 2026 | Selesai ✅ |
| Fasa 2 | 10 – 30 Mac 2026 | Selesai ✅ |
| Fasa 3 | 15 – 25 Ogos 2026 | Selesai ✅ |
| Fasa 4 | November 2026 (Belum diumumkan secara rasmi) | Akan Datang 🔜 |
SEMAK STATUS KELAYAKAN STR FASA 4 2026
Setiap kategori isi rumah, warga emas dan bujang yang telah kemukakan permohonan Bantuan STR boleh buat semakan kelayakan untuk tahu layak atau tidak terima bayaran Fasa 4 2026. Ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi mySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman web rasmi mySTR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Jika yang dipaparkan adalah betul, klik butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka pemohon akan dipaparkan.
- Pilih menu [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan STR Fasa 4 akan dipaparkan.
- Selesai.
AMAUN BAYARAN STR FASA 4 2026
Berikut merupakan amaun bayaran Bantuan STR Fasa 4 yang akan disalurkan mengikut kategori penerima yang layak :
| KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN FASA 4 |
|---|---|
| Isi Rumah B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) | RM100 hingga RM500 (tertakluk bilangan anak) |
| Isi Rumah M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) | RM50 hingga RM200 (tertakluk bilangan anak) |
| Warga Emas Tiada Pasangan (Pendapatan Bawah RM5,000) | RM150 (sama bagi setiap fasa) |
| Bujang Umur 21 – 59 tahun (Pendapatan Bawah RM2,500) | Tiada |
CARA TERIMA BAYARAN STR FASA 4 2026
Kerajaan akan melaksanakan dua (2) cara penerimaan bayaran Bantuan STR Fasa 4 mengikut kaedaan penerima seperti berikut :
- Penerimaan Secara Penunaian :
- Penerima yang tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa mengisi permohonan perlu menuntut bayaran STR secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan membawa kad pengenalan asal.
- Penerimaan Secara Pengkreditan :
- Penerima yang mempunyai akaun bank serta melengkapkan maklumat akaun semasa mengisi permohonan perlu menunggu bayaran STR dikreditkan berperingkat terus ke dalam akaun bank masing-masing.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.