TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SAMA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Pada bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2), hanya seramai 8.5 juta sahaja rakyat yang layak menerima bayaran. Namun, dijangka lebih ramai rakyat yang layak untuk menerima bayaran Fasa tiga (3) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima dan tarikh bayaran STR Fasa 3? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN UPU : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
CARA BAYARAN STR FASA 3 2025
Terdapat dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3 kepada penerima yang layak :
- Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima (Fund Transfer) mengikut nombor akaun yang didaftarkan; atau
- Penunaian di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
TARIKH BAYARAN STR FASA 3 2025
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3 dijangka dilaksanakan pada tarikh berikut :
- Penerima Sedia Ada :
- Akhir bulan Julai sehingga Ogos 2025.
- Penerima Baharu :
- Akhir bulan Julai sehingga Ogos 2025.
*Bagaimanapun tarikh di atas akan dikemaskini kembali apabila ianya diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).
JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 2025
Setiap penerima sedia ada akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3 sebanyak berikut :
Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) | 0 anak : RM150 1 / 2 anak : RM350 3 / 4 anak : RM500 5 anak & ke atas : RM650 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) | 0 anak : RM100 1 / 2 anak : RM200 3 / 4 anak : RM250 5 anak & ke atas : RM300 |
Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN STR FASA 3 |
---|---|
Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | RM150 |
Bujang Berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas) | RM150 |
MASA BAYARAN STR FASA 3 2025
Kebiasaannya masa bayaran STR masuk ke dalam akaun bank penerima melalui Fund Transfer seperti berikut :
- Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
- Bank Islam : Selepas 8 malam;
- Affin Bank : Selepas 8 malam;
- Ambank : Selepas 8 malam;
- Maybank : Selepas 9 malam;
- Cimb Bank : Selepas 9 malam;
- RHB Bank : Selepas 9 malam;
- Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
- Lain-lain bank : Selepas 10 malam.
*Namun masanya tidak menentu dan penerima perlu menyemak akaun dari semasa ke semasa.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 3 2025
Bagi yang belum mengetahui status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 3, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : str@mof.gov.my
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.
Dengan itu saya tidak dapat berapa lama lagi dan lagi satu ratus tahun yang lalu nipis dan ucap terima kasih kepada semua yang terlibat dalam bidang
Saya tidak dapat berapa lama lagi dan lagi satu batang kali hulu Langat dan ucap terima kasih