TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BANTUAN

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BANTUAN

Berbaki beberapa hari sahaja bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan mula dilaksanakan secara One-Off iaitu sekaligus kepada 22 juta penerima-penerima yang berstatus layak bagi membantu menampung keperluan asas sebelum sambutan perayaan Tahun Baru Cina dan Ramadan (bagi umat Islam).

Bagaimanakah semakan status penerima dan bila tarikh bayaran SARA One Off? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN EKASIH 2026 ONLINE : CHECK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN RM200 SETIAP BULAN DALAM MYKAD

TARIKH BAYARAN SARA ONE OFF 2026

Pembayaran Bantuan SARA secara One-Off akan dimasukkan secara serentak kepada setiap kategori pada tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
SARA ONE OFF
Isi Rumah9 Februari 2026 (Isnin)
Warga Emas9 Februari 2026 (Isnin)
Bujang9 Februari 2026 (Isnin)

CARA BAYARAN SARA ONE OFF 2026

Bagi memudahkan rakyat menerima Bantuan SARA One-Off, Kerajaan telah menetapkan cara bayaran yang sama melalui platform yang mudah diterima dan digunakan iaitu melalui :

CARA BAYARANPLATFORM PENERIMAAN
Bayaran secara one-off (sekaligus)
tanpa tunai
Kad Pengenalan Diri (MyKad)

NILAI BAYARAN SARA ONE OFF 2026

Nilai bayaran Bantuan SARA One-Off kepada setiap kategori adalah sama yang ditetapkan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMANILAI BAYARAN
SARA ONE OFF
Isi RumahRM100 (suami)
dan
RM100 (isteri)
Warga EmasRM100
BujangRM100

KRITERIA PENERIMA SARA ONE OFF 2026

Tanpa sebarang permohonan, Bantuan SARA One-Off akan diberikan secara automatik kepada individu-individu yang menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

KRITERIAPENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had Umur18 tahun dan ke atas
Status PerkahwinanTerbuka kepada semua
Kadar PendapatanTiada had

SEMAKAN STATUS PENERIMA SARA ONE OFF 2026

Untuk ketahui status anda layak atau tidak sebagai penerima Bantuan SARA One-Off, anda boleh membuat semakan status bermula 9 Februari mengikut panduan di bawah :

  1. Layari laman web rasmi SARA di sini :
  2. Pada halaman utama SARA, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  3. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  4. Masukkan Nombor MyKad* pada ruang disediakan.
    • *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
      • Contoh : 950230112345.
  5. Sahkan varifkasi dengan klik kotak [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA One-Off akan dipaparkan.
  8. Selesai.

BARANG BOLEH BELI GUNA SARA ONE OFF

Setelah Bantuan SARA dikreditkan dalam Kad Pengenalan Diri, penerima yang layak boleh membuat pembelian barang keperluan asas yang diluluskan seperti senarai berikut :

BIL.KATEGORI BARANG DILULUSKAN
1.Beras
2.Minyak masak
3.Telur
4.Roti
5.Tepung
6.Biskut
7.Mi segera
8.Makanan dalam tin
9.Bahan perasa
(kicap, sos cili, gula, garam & sebagainya)
10.Minuman
(Milo, teh, susu & sebagainya)
11.Produk penjagaan diri
(Ubat gigi, shampoo, sabun & sebagainya)
12.Ubat-ubatan
(yang diluluskan oleh KKM)
13.Lampin pakai buang
(Bayi / dewasa)
14.Barang sekolah
15.Produk kebersihan rumah
*Nota : Pembelian hendaklah tidak melebihi Bantuan SARA One-Off RM100. Jika terlebih, penerima perlu membuat bayaran lebih tersebut secara tunai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA One-off, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang Bantuan SARA One-Off.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment