TARIKH BAYARAN MASUK STR : (FASA 3 2025) SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SEKARANG
Pelaksanaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini diperingkat fasa ketiga (3) yang akan memanfaatkan seramai hampir sembilan (9) juta rakyat dewasa Malaysia yang terdiri daripada golongan B40 dan M40.
Bagaimanakah semakan tarikh bayaran masuk STR? Ikuti maklumat lanjut di bawah.
BACA JUGA : BILAKAH MASUK PEMBAYARAN STR : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
AMAUN BAYARAN MASUK STR
Setiap kategori akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan amaun seperti berikut :
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
BIL. ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
Tiada | RM500 | RM150 | RM150 | RM200 |
1 – 2 orang | RM500 | RM350 | RM300 | RM350 |
3 – 4 orang | RM500 | RM500 | RM500 | RM500 |
5 orang & ke atas | RM500 | RM650 | RM650 | RM700 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40) :
BIL. ANAK | FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|---|
Tiada | RM100 | RM150 | RM100 | RM150 |
1 – 2 orang | RM150 | RM200 | RM200 | RM200 |
3 – 4 orang | RM250 | RM250 | RM250 | RM250 |
5 orang & ke atas | RM300 | RM350 | RM300 | RM300 |
Warga Emas Tiada Pasangan :
FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|
RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
Bujang / Balu / Janda / Duda (Tiada Anak) :
FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|
RM150 | RM150 | RM150 | RM150 |
MEDIUM BAYARAN MASUK STR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dibayar bergantung kepada penerima yang ada akaun dan tiada akaun seperti berikut :
PENERIMA ADA AKAUN BANK | PENERIMA TIADA AKAUN BANK |
---|---|
Dibayar melalui ‘IBG Fund Transfer’ terus ke dalam akaun bank milik penerima atau pasangan mengikut nombor yang didaftarkan | Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak |
TARIKH BAYARAN MASUK STR
Berikut merupakan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sepanjang tahun 2025 :
PERINGKAT PELAKSANAAN | TARIKH BAYARAN STR |
---|---|
Fasa 1 | 22 Januari 2025 – 28 Januari 2025 |
Fasa 2 | 24 Mac 2025 – 27 Mac 2025 |
Fasa 3 | Akhir Julai 2025 – Ogos 2025 (Akan dikemaskini kembali) |
Fasa 4 | November 2025 (Akan dikemaskini kembali) |
JUMLAH PENERIMA BAYARAN STR
Penerima yang layak menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan bertambah pada setiap fasa seperti berikut :
FASA 1 | FASA 2 | FASA 3 | FASA 4 |
---|---|---|---|
8.3 juta penerima | 8.5 juta penerima | 8.7 juta penerima (anggaran) | 9 juta penerima (anggaran) |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN STR
Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang terbaru boleh disemak seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Maklumat Bayaran Fasa 3 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025.pdf.