TARIKH BAYARAN DUIT STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA PEMBAYARAN FASA 1

TARIKH BAYARAN DUIT STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA PEMBAYARAN FASA 1

Duit Bantuan STR / Sumbangan Tunai Rahmah diperoleh daripada hasil penjimatan penyasaran semula subsidi oleh Kerajaan dan diberikan kepada rakyat-rakyat berkelayakan seperti golongan B40 dan M40.

Bila tarikh bayaran duit STR & bagaimana cara semak status kelayakan penerima? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : TARIKH AKHIR TEBUS DUIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2025 : SILA SEMAK TARIKH TAMAT MYKASIH ANDA

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA DUIT STR 2026

Penerima-penerima yang disahkan layak terima duit Bantuan STR adalah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapakan seperti berikut :

  • Kelayakan Isi Rumah :
    • Warganegara :
      • Malaysia.
    • Umur Pemohon :
      • Tiada had umur.
    • Status Perkahwinan :
      • Berkahwin mempunyai anak / tiada anak.
      • Ibu / Bapa tunggal (kematian pasangan / bercerai) & mempunyai anak.
    • Kadar Pendapatan :
      • Bawah RM2,500 – Kategori B40.
      • RM2,501 hingga RM5,000 – Kategori M40.
  • Kelayakan Warga Emas :
    • Warganegara :
      • Malaysia.
    • Umur Pemohon :
      • 60 tahun dan ke atas.
    • Status Perkahwinan :
      • Tiada pasangan – balu (kematian pasangan) / janda / duda (bercerai).
    • Kadar Pendapatan :
      • Bawah RM2,500 atau hingga RM5,000.
  • Kelayakan Bujang :
    • Warganegara :
      • Malaysia.
    • Umur Pemohon :
      • Biasa – 21 hingga 59 tahun.
      • OKU – 19 tahun & ke atas.
    • Status Perkahwinan :
      • Bujang – belum berkahwin.
      • Balu – kematian pasangan (tiada anak).
      • Janda / duda – bercerai (tiada anak).
    • Kadar Pendapatan :
      • Tidak melebihi RM2,500 sebulan.

TARIKH BAYARAN DUIT STR 2026

Duit Bantuan STR lazimnya dibayar setiap fasa sebelum pada perayaan-perayaan yang besar di Malaysia. Berikut adalah anggaran bayaran untuk tahun 2026 :

  • 🗓️ Fasa 1 : Januari / Februari 2026.
  • 🗓️ Fasa 2 : Mac / April 2026.
  • 🗓️ Fasa 3 : Ogos 2026.
  • 🗓️ Fasa 4 : Oktober / November 2026.

*Nota : Tarikh bayaran di atas akan dikemaskini kembali apabila diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF).

KADAR BAYARAN DUIT STR 2026

Duit Bantuan STR akan dibayar mengikut kategori penerima selayaknya sebanyak kadar berikut :

KATEGORI
PENERIMA
KADAR BAYARAN
STR 2026
KADAR BAYARAN
FASA 1
Isi Rumah B400 anak : RM700
1-2 anak : RM1,200
3-4 anak : RM1,700
>5 anak : RM2,200
Akan dikemaskini
Isi Rumah M400 anak : RM200
1-2 anak : RM450
3-4 anak : RM700
>5 anak : RM950
Akan dikemaskini
Warga EmasRM600Akan dikemaskini
Bujang

MEDIUM BAYARAN DUIT STR 2026

Kerajaan menyediakan dua (2) medium bayaran duit Bantuan STR iaitu secara tunai dan pengkreditan tunai kepada penerima seperti berikut :

  • Bayaran Kepada Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Penerima yang tiada akaun bank perlu menuntut bayaran duit Bantuan STR secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau bagi penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak akan dimaklumkan di mana-mana pusat bersesuaian.
  • Bayaran Kepada Penerima Ada Akaun Bank :
    • Penerima yang ada akaun bank yang aktif serta memasukkan maklumat dalam permohonan perlu menunggu bayaran duit Bantuan STR dimasukkan dalam akaun bank tersebut dalam waktu tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.

CARA SEMAK STATUS KELAYAKAN STR 2026

Semak status kelayakan permohonan STR anda untuk tahu sama ada telah diproses atau belum mengikut panduan lengkap di bawah :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini:https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login .
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Untuk Semakan Status anda boleh tekan (Semakan Permohonan).
  11. Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
  12. Selesai.

INFO LANJUT STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment