TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU GAGAL UNTUK TERIMA PEMBAYARAN FASA 1

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU GAGAL UNTUK TERIMA PEMBAYARAN FASA 1

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan secara empat (4) fasa pembayaran kepada penerima yang melepasi syarat kelayakan bantuan dan berstatus lulus, mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan.

Bilakah tarikh bayar bantuan mystr 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: KADAR BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN YANG AKAN DIKREDIT KEPADA PENERIMA YANG LULUS FASA 1

TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1, akan dilaksanakan seperti berikut :

FASA STRTARIKH BAYARAN FASA 1
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 1
Tarikh bayaran masih belum diumumkan, dan dikemas kini dari semasa ke semasa selepas kenyataan rasmi dikeluaran oleh Kementerian Kewangan (MOF)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI STR

Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :

  • Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

AMAUN KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2026

Kadar Kelayakan Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN
SETAHUN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada Anak (0) : RM700
1 – 2 Anak : RM1,200
3 – 5 Anak : RM1,700
5 Anak dan Ke atas : RM2,200
Isi rumah berpendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada Anak (0) : RM200
1 – 2 Anak : RM450
3 – 5 Anak : RM700
5 Anak dan Ke atas : RM950
Warga Emas (Tiada Pasangan)RM600
BujangBayaran akan diganti dengan Bantuan SARA

Catatan : Walaupun kategori Bujang tidak menerima bayaran STR untuk tahun 2026, permohonan STR Kategori Bujang tetap perlu di mohon, untuk menerima bantuan SARA 2026.

SEMAKAN STATUS BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2026

Status kelayakan penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, Fasa 1 boleh di semak secara online seperti berikut :

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
    • Perubahan Maklumat Permohonan;
    • Cetak Permohonan;
    • Semakan Permohonan;
    • Kemas Kini Maklumat Asas;
    • Tukar Kata Laluan;
    • Maklumbalas; dan
    • Peti Mel.
  12. ⁠Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
  13. Selesai.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR 2026

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 akan disalurkan kepada penerima yang layak melalui kaedah seperti berikut:

  • Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.

INFO LANJUT

Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20SUMBANGAN%20TUNAI%20RAHMAH%20(STR)%202026.pdf

Leave a Comment